Perbadanan Produktiviti Malaysia telah ditubuhkan sebagai Pusat Daya Pengeluaran Negara pada tahun 1962, iaitu suatu projek bersama Dana Khas Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kerajaan Persekutuan dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai agensi pentadbir.

Pusat Daya Pengeluaran Negara menjadi sebuah Badan berautonomi melalui Akta (Memperbadankan) Majlis Daya Pengeluaran Negara Bilangan 19 pada tahun 1966. Akta ini telah dipinda oleh Akta (Memperbadankan) Majlis Daya Pengeluaran Negara (Pindaan) Akta A305, 1975 sesuai dengan perkembangan Pusat ini.

Majlis Daya Pengeluaran Negara telah dinamakan Perbadanan Produktiviti Negara pada 1 Disember 1991 apabila Akta (Memperbadankan) Majlis Daya Pengeluaran Nasional (Pindaan) Akta A801 dikuatkuasakan.

Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1996 sekali lagi dipinda dan disebut sebagai Akta Perbadanan Produktiviti Malaysia (Pemerbadanan), 1996. Nama baru Malaysia (Perbadanan), 1966. Nama baru telah diwartakan pada 21 Februari 2008. Pindaan ini adalah bertujuan untuk memperjelaskan status Perbadanan tersebut sebagai suatu badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan produktiviti Negara, khususnya kepada masyarakat antarabangsa.

Mengikut peruntukan Seksyen 7, Akta Perbadanan Produktiviti Malaysia, fungsi-fungsi Perbadanan adalah seperti berikut :

  • Menerajui pengalakkan dan penyebaran maklumat dan isu-isu yang berhubungan dengan Produktiviti;
  • Menubuhkan satu pusat maklumat dan rujukan bagi indeks Produktiviti bagi negara dan bagi sistem- sistem pengurusan dan kajian kes;
  • Mengeluarkan pakar dan kepakaran  tempatan dalam bidang Produktiviti, Kualiti , Pengurusan dan Keusahawanan;
  • Mempertingkatkan pembangunan sumber manusia pada peringkat penyeliaan dan peringkat pengurusan kedua-duanya dalam negara;
  • Menasihati dan menyelaraskan pelaksanaan program-program dan akitiviti-aktiviti yang berhubungan dengan Produktiviti dan Kualiti;
  • Menilai dan memperakui program-program penyeliaan dan latihan Pengurusan, program-program Keusahawanan dan program-program Produktiviti dan Pengurusan Kualiti yang dijalankan oleh sektor swasta bagi orang awam;
  • Menjalankan latihan atau program-program lain yang berhubungan dengan Produktiviti, Kualiti, Pengurusan dan Keusahawanan;
  • Mengadakan perkhidmatan rundingan yang berhubung dengan Produktiviti, Kualiti, Pengurusan dan Keusahawanan;
  • Mengumpul, mengeluar dan menerbit maklumat mengenai Produktiviti, Kualiti, Pengurusan, Keusahawanan dan hal-hal lain yang berhubungan;
  • Menjalankan usaha-usaha perniagaan bagi maksud menunaikan kerja-kerjanya di bawah Akta ini dengan kelulusan Menteri;
  • Memberikan laporan setiap tahun kepada Menteri mengenai kemajuan dan masalah-masalah meningkatkan Produktiviti dalam perdagangan dan industri dalam negara dan membuat syor-syor mengenai cara bagaimana masalah-masalah itu boleh diuruskan; dan
  • Membuat semua perkara dan benda yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penunaian kerja-kerjanya di bawah Akta ini.
Disclaimer : Malaysia Productivity Corporation ( MPC) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in 1024 x 768 using Google Chrome or Mozilla Firefox. This website is mobile responsive.

hit counter
Visits
MENU
X