Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Utara

March 2nd, 2010

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menyertai Pameran Inovasi sempena Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Utara di Dewan 2020, Kangar Perlis yang diselaraskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Karnival ini telah disempurnakan oleh D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis. Tujuan utama karnival ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat. Pelbagai aktiviti inovasi telah dijalankan seperti pertandingan inovasi peringkat zon utara, pameran inovasi, bengkel, ceramah dan persembahan kreativiti muzikal.

Majlis Penyampaian Sijil Persekitaran Berkualiti untuk Tenaga Nasional Berhad (Bahagian Penjanaan) Gelugor Pulau Pinang

February 25th, 2010

Georgetown: 23 Februari 2010. Satu Majlis penyampaian sijil persekitaran berkualiti untuk Tenaga Nasional Berhad (Bahagian Penjanaan) Gelugor Pulau Pinang telah diadakan disini bertempat di Hotel Bayview. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah MPC Wilayah Utara Hajah Sarimah Misman. Pada Majlis yang dihadiri seramai 130 orang kakitangan TNB Bahagian Penjanaan stesyen Gelugor ini, satu gimik penyerahan sijil telah diadakan iaitu dengan menggunakan kereta alat kawalan jauh bagi membawa sijil amalan persekitaran terbaik. Gimik ini merupakan simbolik perjalanan dan juga usaha berterusan warga TNB Gelugor dalam mendapatkan pengiktirafan sebagai salah satu stesen Janakuasa yang berjaya mendapat persijilan ini.

Kemuncak Majlis ini adalah penyerahan sijil QE dari Pengarah MPC Wilayah Utara kepada Encik Ir. Leong Yoke Heng Mantan Pengurus Besar stesen Gelugor. Kemudian sebagai simbolik kelestarian program QE ini, Encik Leong telah menyerahkan Sijil QE ini kepada Pengurus Besar Stesyen Gelugor yang baru iaitu Tuan Haji Mohd Zaini Jaafar, sebagai penerusan pengekalan budaya kualiti yang berterusan. Dimajlis ini juga pengiktirafan diberikan kepada Ahli dan Zon-zon terbaik sebagai mengenang jasa dan mengiktiraf aktiviti QE yang dijalankan.

RTD:MALAYSIA’ S COMPETETIVENESS PERFORMANCE : ISSUES AND CHALLENGES

February 24th, 2010

RTD On Competitiveness for northern region has been successfully carried out on 23rd February 2010 at Dewan Produktiviti , Malaysian Productivity Corporation. Around 47 participants joined the 1st session and another 25 participants joined the RTD at 2nd session. Participants are from various government department and private sector as well.

The event was officiated by MPC Senior Director Pn Lee Saw Hoon with welcoming remarks. MPC speakers Puan Halimahton Saadiah Let and Puan Nor Halisa Mohd Halil had provided great input on general view of competitiveness and Malaysia’s ranking in global view. The event was more informative with the arrival and speech input by external speaker from Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Northern branch and Citigroup(M) Sdn Bhd.

Mr Khoo Cheok Sin the Vice Chairman of FMM and Mr Christopher Maurillio , Director of CTSM Trade Operation Citigroup of Penang has come up with various issues and challenges in service, manufacturing industry according current global issue.

RTD slide presentations Lineup up please....
RTD Participants Madam Lee Saw Hoon, Senior Director, Global Competitiveness
Department giving her opening speech

MINI KONVENSYEN ICC WILAYAH UTARA 2010

February 18th, 2010

Salah satu kaedah bagi menggalakkan kumpulan ICC yang baru mendapat pendedahan ialah melalui penyertaan dalam Mini Konvensyen ICC.  Mini Konvensyen  dibuka kepada kumpulan ICC yang baru.  Pengalaman membuat persembahan di peringkat Mini Konvensyen akan membantu mereka meningkatkan keyakinan untuk membuat persembahan di peringkat wilayah dan peringkat seterusnya.

Tarikh : 20 April 2010 (Selasa)
Tempat : Dewan Produktiviti, MPC, Wilayah Utara
Tarikh tutup:
Peserta = 2 April 2010
Pemerhati = 12 April 2010

Sila klik disini untuk muat turun brosur program

Yuran penyertaan
Peserta  = RM 150.00 seorang - Borang penyertaan A (peserta)
Pemerhati  = RM 170.00 seorang - Borang penyertaan B (pemerhati)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Sekretariat
Mini Konvensyen ICC Wilayah Utara 2010
Norazlina Tun Ibrahim (
norazlina@mpc.gov.my)
Hayazi Arshad (
hayazi@mpc.gov.my)
Tel : 604-575 4709 
Fax: 604-575 4410

 

SENARAI KURSUS BAGI MPC WILAYAH UTARA ( FEBRUARI - MAC 2010 )

February 12th, 2010

Tuan - tuan dan puan - puan yang dihormati,

Di sini disertakan senarai program yang akan dijalankan oleh MPC Wilayah Utara untuk bulan Februari hingga Mac 2010. 

KEM ICC KEARAH PENINGKATAN DAYA SAING ORGANISASI
Tarikh : 19 - 21 Februari 2010
Tempat : Pulau Langkawi
Yuran:
MNC/GOV : RM750.00
SME : RM150.00
Klik disini untuk muat turun brosur program

STEP BY STEP IN ISO 9001:2008
Tarikh : 24 - 25 Februari 2010
Tempat : MPC Pulau Pinang
Yuran:
MNC/GOV : RM550.00
SME : RM110.00

ICC UNTUK KETUA KUMPULAN
Tarikh : 9 - 10 Mac 2010
Tempat : MPC Pulau Pinang
Yuran:
MNC/GOV : RM500.00
SME : RM100.00

Klik disini untuk muat turun borang pendaftaran

Sila hubungi MPC Wilayah Utara untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Nama : En. Hayazi Arshad
Email : hayazi@mpc.gov.my
Tel : 04-575 4709
Fax: 04-575 4410