3_Dato-Mohd-Razali-Hussain

Pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui daya saing negara yang mampan adalah agenda utama dalam usaha kita untuk mencapai Wawasan 2020. Menjadi berdaya saing bermaksud negara dapat mempertingkatkan kekayaan melalui pertumbuhan produktivitinya.

Daya saing dipacu oleh pertumbuhan produktiviti yang berterusan yang akan meningkatkan taraf kehidupan dan kualiti hidup pada masa akan datang. Produktiviti yang tinggi melalui pengkayaan modal insan dan pertumbuhan produktiviti faktor menyeluruh akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Peranan MPC sebagai organisasi yang menerajui produktiviti dan kualiti negara turut mengalami cabaran dalam persaingan yang sengit di peringkat global. Saya ingin mengambil peluang ini untuk meyakinkan anda bahawa kami akan terus berusaha untuk memberikan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik secara berterusan terhadap pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) dan pihak industri. Kami bersedia untuk memberikan komitmen terbaik dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan bagi penyelidikan isu produktiviti dan kualiti, pembangunan sistem dan latihan, promosi produktiviti dan kualiti serta pengurusan amalan terbaik bagi membantu industri untuk mencapai kecemerlangan produktiviti dan kualiti ke arah daya saing global.
Transformasi . Inovasi .  Perkongsian

DATO` MOHD. RAZALI HUSSAIN
Ketua Pengarah
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Disclaimer : Malaysia Productivity Corporation ( MPC) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in 1024 x 768 using Google Chrome or Mozilla Firefox. This website is mobile responsive.

hit counter
Visits
MENU
X