• English

MEKANISMA PELAKSANAAN PENERBITAN GARIS PANDUAN PERLESENAN
(INISIATIF 2.1.6. NACP)

Mengapa mekanisma ini diperlukan

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti- Rasuah (JKKMAR) memutuskan perlunya kementerian atau agensi yang bertanggungjawab menerbitkan dan memaparkan Garis Panduan Permohonan Lesen secara dalam talian untuk makluman umum bagi mewujudkan mekanisme yang lebih telus dalam proses pengurusan permit dan lesen, meningkatkan integriti  dan mengelak berlakunya rasuah.

Peranan MPC

 Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dipertanggungjawabkan menjalankan  proses pengumpulan data berkenaan perlesenan dan garis panduan perniagaan di peringkat kementerian dan agensi untuk membentuk dan membangunkan mekanisme yang kukuh dan efektif dalam memproses pengeluaran perlesenan selaras dengan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP 2.1.6).

  • Sehingga Mac 2020, Malaysia mempunyai bilangan peraturan yang tinggi. MPC merekodkan sebanyak 2,485 peraturan di peringkat perundangan utama, 11,196 peraturan di perundangan subsidiari dan 3,399 peraturan dalam proses perlesenan.
  • Penerbitan garis panduan berjaya menyumbang kepada peningkatan kecekapan, produktiviti dan daya saing berdasarkan inisiatif semakan peraturan yang dijalankan oleh MPC sejak 2012 seperti urusan mendapatkan permit pembinaan.

 

CADANGAN TERMA RUJUKAN

KEMENTERIAN/AGENSI

 i.Mengenalpasti semua jenis pelesenan dan garis panduan perniagaan di peringkat kementerian dan agensi

ii.Mengisi dengan lengkap template pelesenan dan garis panduan yang diberikan oleh MPC

iii.Membuat semakan ke atas maklumat yang telah dikumpul sebelum dimuat naik dalam sistem UPC* / UGR**

iv.Memuatnaik dan mengemaskini maklumat yang telah disemak ke dalam sistem UPC* / UGR**

v.Membantu membuta koordinasi pengumpulan data kepada agensi-agensi di bawah kementerian masing-masing

 

 PASUKAN PETUGAS MPC

 i.Mengenalpasti PIC dan melakukan komunikasi bagi pengumpulan data

ii.Menyediakan dan membimbing PIC kementerian/agensi untuk mengisi template pengumpulan data

iii.Membantu PIC untuk membuat semakan pelesenan dan garis panduan perniagaan sebelum dimasukkan ke dalam sistem UPC* / UGR**

iv.Menyediakan akses bagi setiap PIC untuk sistem UPC* / UGR**.

    * Fasa 1    

** Fasa 2

Nota:

MPC akan memberikan templet maklumat pelesenan perniagaan dan status garis panduan kepada kementerian dan agensi selepas taklimat program. Kementerian dan agensi hendaklah melampirkan maklumat lengkap kepada MPC dalam masa dua minggu selepas tarikh taklimat.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada sekretariat projek melalui emel:
ask_guideline@mpc.gov.my, atau hubungi:

Pengarah Projek:
En. Mohamad Azrol Mohamad Dali
T: 019-771 2132
E: mdazrol@mpc.gov.my

Pelesenan dan garis panduan:

En. Ahmad Harris Abdullah
T: 012-315 5978
E: harris@mpc.gov.my

Disclaimer : Malaysia Productivity Corporation ( MPC) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in 1024 x 768 using Google Chrome or Mozilla Firefox. This website is mobile responsive.

hit counter
Visits
Last Updated: 27 July 2020
MENU
X