Productivity Essay Writing Competition

 
Essay Writing Competition, Read more


International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013

Read more


Quality Environment Convention 2013

Read more


Regional Convention on Team Excellence

Read more on :
ICC Convention
QE Convention

Untitled Document
 
     
  Opening Remarks and the Launching of Seminar dan Pameran Sistem Penyelesaian Elektronik 2010, Launching of i-Compass dan i-PLWS
   
 

BERTEMPAT
DI GRAND DORSETT SUBANG HOTEL, 16 MAC 2010

OLEH :
Y. BHG. ENCIK MOHD RAZALI HUSSAIN
KETUA PENGARAH
PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)

 

Terima kasih puan pengacara majlis.

1. Yang berbahagia Datuk-datuk, Datin-datin, ahli-ahli panel perunding MPC, wakil-wakil exhibitor, peserta-peserta seminar,  wakil-wakil media, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Assalamualaikum w.b.t., Selamat Pagi dan Salam Satu Malaysia. Selamat datang saya ucapkan kepada semua ke Seminar dan Pameran Sistem Penyelesaian Elektronik 2010.

2. Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala atas limpah rahmatNya yang memungkinkan majlis hari ini dapat dijayakan seperti yang dirancang. Seramai  lebih dari 250 orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti seminar hari ini dan sebanyak 13 organisasi, mengambil bahagian dalam pameran kali. Saya merakamkan terima kasih kepada semua diatas penyertaan dalam seminar dan pameran  ini.

 
Tuan-tuan dan Puan-puan,

3. Melalui penyelidikan dan Perbincangan Meja Bulat (RTD) yang dijalankan oleh MPC, rumusan berikut dapat dibuat tentang aplikasi  teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) :

  • Penggunaan ICT dalam kalangan enterprais kecil dan sederhana (EKS) masih terhad   kepada aplikasi asas pejabat seperti word processing, spreadsheet, dan perakaunan;
  • EKS tempatan mengakui bahawa ICT berupaya meningkatkan daya saing dan produktiviti perniagaan tetapi cabaran  kewangan dan pengetahuan berkaitan menghalang mereka;
  • Secara umumnya EKS beranggapan pelaksanaan ICT dalam perniagaan memerlukan perbelanjaan yang banyak dan tahap pengetahuan yang tinggi; dan
  • Sementara itu, bagi pengeluar sistem penyelesaian berasaskan ICT tempatan pula, terutama yang bersaiz kecil sukar menembusi pasaran dalam  dalam negara sendiri. Mereka mempunyai isu  untuk mempromosi produk  kerana kekurangan modal.
     

Tuan-tuan dan Puan-puan,

4. Berdasarkan kepada empat senario tadi telah mendorong MPC untuk menganjurkan Seminar dan Pameran Sistem Penyelesaian Elektronik 2010 ini. Seminar dan pameran ini bukan sahaja disasarkan kepada EKS tetapi juga kepada agensi-agensi yang menyediakan khidmat nasihat  dan bimbingan kepada EKS, serta  agensi yang menjalankan penyelidikan berkaitan ICT.

5. Menurut agensi pemantau Internet antarabangsa, “Internet World Stats”, jumlah penggunan Internet dunia semasa melebihi  1.7 billion orang. Pengguna-pengguna Internet ini boleh menjadi bakal pelanggan perniagaan sekiranya barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan boleh dicapai melalui Internet. Dari segi statistik pecahan pengguna internet ialah seperti berikut:

  • Asia dengan pengguna Internet yang paling ramai iaitu 42.6%;
  • diikuti oleh Eropah 24.1%;
  • Amerika Utara 14.6%;
  • Latin Amerika dan Caribbean 10.3%;
  • Afrika 3.9 peratus;
  • Timur Tengah 3.3%, dan
  • Oceania dan Australia 1.2%.

6. Di Malaysia sahaja, jumlah pengguna Internet menurut data terbaru ialah 16.9 juta orang dengan kadar penembusan 65.7%. Capaian kepada Internet bertambah baik dengan adanya pelbagai teknologi dan pertambahan bilangan penyedia perkhidmatan. Perkhidmatan jalur lebar dijangka akan terus merancakkan perniagaan e-dagang. Kos capaian Internet juga telah semakin kompetitif dan kualiti perkhidmatan kian meningkat.

7. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Indeks Kepuasan Pengguna Internet individual, bagi pengguna dial-up telah meningkat dari 2.82 pada tahun 2004 kepada 3.49 pada tahun 2007, iaitu satu peningkatan yang memberangsangkan. Untuk makluman semua Indeks Kepuasan Penggunan Internet maksimum ialah 5.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

8. Indeks Kepuasan Pengguna jalur lebar (atau broadband) bagi pengguna individual juga bertambah baik iaitu meningkat dari 3.22 pada tahun 2006 kepada 3.52 pada tahun 2007. Walaupun indeks tersebut adalah hasil kajian tahun 2007, saya percaya Indeks Kepuasan Pengguna Internet semasa berada pada tahap yang lebih baik dengan beberapa inisiatif yang telah, sedang dan akan diambil oleh kerajaan dan pembekal-pembekal perkhidmatan.

9. Apa yang utama, EKS sepatutnya mengambil manfaat dari bilangan pengguna Internet yang besar dengan melakukan inovasi kepada perniagaan dan mengembangkan perniagaan melalui        e-dagang. Kerajaan mensasarkan kadar penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus peratus menjelang akhir tahun 2010 ini. Kadar penembusan jalur lebar semasa ialah 32.4 peratus peratus.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

10. Hasil dari kajian yang dijalankan pada tahun 2008 keatas bekas peserta-peserta kurus membina laman web perniagaan anjuran MPC menunjukkan:

  • Mereka mengambil mudah aspek promosi laman web perniagaan. Hanya 57% responden yang menulis alamat laman web diatas kad nama;
  • 43% menghantar sendiri laman web perniagaan kepada enjin carian;
  • 29% menulis pada papan tanda syarikat; dan
  • Hanya 14% yang menulis pada label produk, letterhead, dan mendaftar dengan online directory.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, MPC menganjurkan kursus membina laman web perniagaan sejak tahun 2007 dan sehingga kini telah melatih sejumlah 225 EKS.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

11. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada lima orang pembentang kertas kerja yang bersetuju berkongsi pengalaman berguna mereka hari ini. MPC telah memilih tema seminar hari ini “Transformasi Perniagaan Melalui  E-dagang”, sesuai dengan aspirasi untuk mengubah perniagaan untuk menjadi lebih produktif dan inovatif dan menggunakan e-dagang untuk mencapai hasrat tersebut.

12. Saya yakin dengan perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik tentang:

  • Tahap pelaksanaan e-dagang dalam kalangan EKS;
  • Strategi menjayakan e-dagang;
  • Kejayaan berniaga dari rumah;
  • Kaedah berkesan pemasaran on-line; dan
  • Menjana pendapatan dengan menggunakan enjin pencarian dengan berkesan

akan membolehkan peserta menceburi e-dagang dengan lebih yakin.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan terima kasih sekali lagi kepada organisasi-organisasi yang mengambil bahagian dalam Pameran Sistem penyelesaian Elektronik 2010 hari ini. Inisiatif ini adalah yang julung kali dijalankan oleh MPC setelah maklumat yang diperolehi menunjukkan penyedia perkhidmatan ICT bersaiz kecil dan sederhana tempatan sukar memasarkan produk mereka kerana jenama belum dikenali. Saya berharap dengan penyediaan platform ini, penyedia perkhidmatan ini dapat meluaskan pasaran.

13. Sukacita saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan melawat booth pameran MPC, khususnya untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dua aplikasi produktiviti yang kami keluarkan, yang mula diperkenakan kepada umum hari ini iaitu iCOMPASS dan iPLWS. Aplikasi-aplikasi tersebut merupakan versi yang dipertingkat, setelah mengambilkira maklumbalas para pengguna.

COMPASS ialah singkatan, acronym, bagi “Company Manual for Productivity Assessment”, iaitu aplikasi untuk mengukur tahap produktiviti dan keuntungan enterprais. Versi pertama mula diperkenalkan pada tahun 1997 iaitu COMPASS 97, tetapi pada masa itu kurang interaktif dan kami akui kurang mesra pengguna. Melalui versi iCOMPASS ini, MPC telah menjadikannya lebih interaktif, mesra pengguna dan telah meningkatkan keupayaan penganalisaannya. Maklumat yang diperolehi dari analisis ini sangat berguna untuk memantau prestasi  enterprais, dan membandingkan prestasi dengan industri atau sektor. Data industri boleh diperolehi secara percuma melalui laman web MPC, www.mpc.gov.my.

Tuan-tuan dan puan-puan,

14. PLWS pula ialah singkatan, kepada Productivity-Linked Wage System, iaitu aplikasi bagi sistem bayaran upah berdasarkan produktiviti. Hari ini kami perkenalkan versi baru PLWS yang mengandungi beberapa model PLWS bagi membolehkan enterprais membuat simulasi untuk  memilih model yang sesuai. iPLWS membolehkan majikan mendapatkan petunjuk-petunjuk daya saing pekerja berdasarkan data-data jualan, keuntungan dan nilai tambah untuk menilai tahap daya saing mereka. Antara faedah dari system ini ialah:

  • Membuat tranformasi sistem upah kepada yang berorientasikan produktiviti;
  • Membolehkan majikan merancang pemberian bonus atau insentif kepada para pekerja dengan berkesan; dan
  • Membantu enterprais memantau prestasi syarikat secara bulanan, suku tahunan,  dan tahunan.

Tuan- tuan dan Puan-puan sekalian,

15. Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua organisasi, peserta dan pihak media yang telah menjayakan  seminar dan  pameran pada hari ini.

16. Dengan lafaz “bismillahirrahmanirahim”, saya dengan segala sukacita merasmikan Seminar dan Pameran Sistem Penyelesaian Elektonik 2010 dan melancarkan pakej iCOMPASS dan iPLWS dengan rasminya.

Sekian terima kasih.
 

 
  Last updated on : 2010-05-13 04:18:21  
 
 
 
INTRANET MAIL
 
Staff ID
Password
 
 

 

All Right Reserved :
Malaysia Productivity Corporation ( MPC)
, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 | Fax : 603 - 7957 8068 | Email : marketing@mpc.gov.my
VISITOR : hithithithithithithit
Disclaimer: Malaysia Productivity Corporation ( MPC)   shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Please be advised that when you access the Arabic or Mandarin version of this Website, the content is automatically translated by Google Translator. As such there may be instances where the translation may not be totally accurate. In these cases, the content in Bahasa Malaysia or English of the Website overule the translated version.Best viewed using Mozilla Firefox 3.0 and above with the resolution of 1024 x 768