Seiring dengan agenda ekonomi nasional untuk mengubah Malaysia menjadi status ekonomi berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menyusun semula fungsinya untuk memenuhi objektif Model Ekonomi Baru (NEM) dan Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2011-2015). Untuk mencapai objektif dan hasil yang diinginkan, salah satu fungsi teras MPC adalah melakukan semakan peraturan-peraturan perniagaan, terutamanya memberi fokus kepada beberapa enjin pertumbuhan yang dikenalpasti sebagai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
Fungsi utama Semakan Peraturan di MPC adalah untuk:
- Melakukan semakan peraturan-peraturan perniagaan yang berkaitan dengan proses, prosedur dan peraturan bagi memudahkan melakukan perniagaan di Malaysia;
- Menganalisis berkaitan semakan peraturan di peringkat antarabangsa yang sesuai untuk diadaptasi di Malaysia;
- Menanamkan budaya amalan terbaik tentang kaedah, teknik dan proses-proses semakan peraturan untuk membangunkan peraturan yang lebih baik;
- Mengendalikan program dan aktiviti tentang isu-isu khusus yang memerlukan peraturan yang lebih baik untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing Malaysia;
- Mewujudkan jalinan dengan organisasi tempatan dan antarabangsa yang terlibat dalam kegiatan semakan peraturan, untuk proses semakan yang lebih efektif.