Semakan peraturan merujuk kepada perubahan yang boleh meningkatkan kualiti peraturan ke arah meningkatkan prestasi ekonomi, keberkesanan kos, atau peraturan-peraturan berkualiti yang berkaitan dengan peraturan kerajaan. Semakan boleh diertikan penyemakan sesuatu peraturan, memansuhkan dan membina semula suatu peraturan atau penambahbaikan proses-proses bagi membentuk peraturan dan mengurus semakan.
Kehidupan sehari-hari kita dipengaruhi oleh peraturan dalam beberapa cara. Peraturan sememangnya memberi manfaat secara langsung bagi kehidupan kita. Kita merujuk peraturan untuk membantu dan memastikan hidup lebih aman, dilayan dengan adil, melindungi dan menguruskan persekitaran, mempunyai persekitaran ekonomi yang kompetitif dan cekap, dan memudahkan cara berurusan dengan orang lain. Namun begitu, peraturan juga mempunyai kesan negatif dan secara tidak langsung memberi kesan kepada kehidupan kita. Terdapat risiko bahawa peraturan yang telah ketinggalan dan dilaksanakan secara tidak berkesan akan mewujudkan halangan dan mengurangkan kecekapan produktiviti dan ekonomi.
Hakcipta Terpelihara :
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC),
Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 |
Faks : 603 - 7957 8068 |
Emel : marketing@mpc.gov.my
PENGUNJUNG :
Penafian:
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.