Sektor pembuatan merupakan salah satu dari penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Aplikasi pengkalan data ini mengandungi angkatunjuk-angkatunjuk utama produktiviti sektor pembuatan dan subsektor-subsektornya. Angkatunjuk-angkatunjuk ini boleh digunakan sebagai asas kepada perbandingan antara prestasi produktiviti syarikat dan prestasi subsektor yang berkaitan. Status prestasi produktiviti boleh dikaji berdasarkan tempoh bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan. Data-data ini dilaporkan dari segi tahap pencapaian dan kadar pertumbuhan.
Angkatunjuk-angkatunjuk ini diperolehi berdasarkan kepada data-data dari Kajian Bulanan Sektor Pembuatan yang dijalankan oleh Jabatan Statistik Malaysia. Subsektor-subsektor telah diklasifikasikan mengikut Malaysia Standard Industrial Classification (2000).
Semua angka-angka yang dilaporkan adalah angka nominal.
Sila klik pautan di bawah untuk ke aplikasi pengkalan data tersebut.
Indikator Produktiviti - Bagi Level

Indikator Produktiviti - Bagi Kadar Pertumbuhan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Wan Fazlin Nadia Wan Osman
Pegawai Perunding Kanan
nadia@mpc.gov.my
Jabatan Pengurusan Pengetahuan
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Peti Surat 64, Jalan Sultan
Petaling Jaya
Tel: 603-79557266
Fax: 603-79547910