Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah diberi mandat untuk mengurus dan menggerakkan Sistem Kualiti Pengurusan Peraturan. Sistem ini dibangunkan berdasarkan amalan-amalan terbaik Good Regulatory Practices yang ditanda aras dari Australia, New Zealand, Kanada dan beberapa negara OECD lain. Deraf bagi polisi dan garis panduan amalan-amalan terbaik peraturan serta Best Practice Regulation Handbook telah disediakan sebagai persediaan untuk pelaksanaan Sistem Gatekeeping ini yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2012. Dua Consultation Session akan diadakan seperti butiran di bawah bagi memaklumkan tentang mekanisma sistem ini serta mendapatkan maklumbalas untuk penambahbaikan yang berterusan. Butiran sesi tersebut adalah seperti berikut: Tarikh: 24 Februari 2012 (Jumaat) Masa: Sesi I : 9.00 pagi atau Sesi II : 3.00 petang Tempat: Bilik Miami I, Tingkat 3, Matrade Exhibition and Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur Kementerian dan Agensi adalah dijemput ke Consultation Session ini. Sila maklumkan kehadiran tuan/puan dengan mengisi BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN yang dilampirkan bersama.  Borang Pengesahan Kehadiran (Sessi Pagi)  Borang Pengesahan Kehadiran (Sessi Petang)
|