Pertandingan Menulis Esei Produktiviti

 
Sesuatu yang menarik untuk dimenangi: Pertandingan Menulis Esei, Lihat maklumat lanjut


International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013

Read more


Konvensyen Persekitaran Berkualiti 2013

Read more


Konvensyen Wilayah

Read more on :
ICC Convention
QE Convention

 
 
   
  Felda Lepar Hilir 2 jadi perintis program 5S
   
 

KUANTAN 28 Mei - Tanah Rancangan Felda Lepar Hilir 2, di sini akan menjadi perintis kepada perkampungan pertama Felda di negara ini yang menerima sijil Amalan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal (5S).

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd. Razali Hussain berkata, pihaknya akan menjadi peneraju untuk menyediakan khidmat latihan kepada perkampungan Felda tersebut.

"Kita akan teruskan program ini dan dengan pemantauan pihak MPC, persijilan 5S ini pasti akan diperoleh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas program `Kepentingan Menjaga Produktiviti` di sini yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd. Shohaimi Jusoh semalam.

Hadir sama, dua Timbalan Ketua Pengarah MPC, Ahmad Fadzil Mahmud dan Abdul Latif Abu Seman.

Program `Kepentingan Menjaga Produktiviti` pertama kali dianjurkan MPC melibatkan penyertaan warga badan itu dan keluarga masing-masing bersama masyarakat Felda Lepar Hilir 2.

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada warga MPC mengenai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan aktiviti kekeluargaan.

Mohd. Razali berkata, program bercorak kekeluargaan itu bertujuan menjalin kerjasama berpasukan serta memupuk perpaduan antara warga MPC dan masyarakat setempat.

Sementara itu, Mohd. Shohaimi berkata, beliau akan membantu MPC menjayakan hasrat menjadikan Felda Lepar Hilir 2 sebagai perintis perkampungan Felda pertama menerima sijil 5S.

"Saya akan membantu MPC untuk melaksanakan program produktiviti, kalau bukan di Felda Lepar Hilir 2, kita boleh adakan di Bukit Gambang Resort City.

"Sudah sampai masanya tanah rancangan Felda diberi penekanan mengenai produktiviti, budaya kerja cemerlang dan program ini adalah titik mula yang baik," katanya.

Utusan Malaysia 29 Mei 2012

 
  Last updated on : 2012-06-01 16:05:34  
 
 

 

Hakcipta Terpelihara :
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 | Faks : 603 - 7957 8068 | Emel : marketing@mpc.gov.my
PENGUNJUNG : hithithithithithithit
Penafian: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)   tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.