| |
KUALA LUMPUR 27 Jun. - Bersempena dengan Persidangan Tahunan Produktiviti, Inovasi dan Eksposisi (APIC) 2012, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan menganjurkan Persidangan Produktiviti dan Forum Ketua-Ketua Eksekutif. MPC dalam kenyataannya di sini berkata, seramai tiga penceramah antarabangsa dan lapan penceramah dari Malaysia akan turut serta untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menerajui organisasi semasa persidangan selama dua hari. Antara pembentang-pembentang kertas kerja ialah Hamek Singh, Naib President dan Pengarah, Singapore Technologies Engineering; Datin Paduka Siti Sa`diah Sheikh Bakir, Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad; Robin Mann, Pengasas dan Ketua Pusat Kecemerlangan Organisasi, Massey University, New Zealand; Azli Paat, Pakar IT tempatan; dan ramai lagi. Persidangan ini bertujuan mempercepatkan gerakan transformasi ketua eksekutif dalam usaha mengurus perubahan organisasi kearah kecemerlangan melalui pengalaman pemimpin industri. Antara topik-topik penting yang akan dibincangkan semasa persidangan adalah: Mencabar Norma Kebiasaan`, `Memanfaatkan Ganjaran`, `Merealisasikan Idea` dan `Mentransformasikan Idea kepada $$`. Bekas Pengarah Urusan Porche dan BMW, Kevin Gaskell akan mengendalikan sesi berinteraksi dengan Ketua-Ketua Eksekutif dan berkongsi pengalaman beliau dalam mentransformasikan jenama produk ke peringkat antarabangsa melalui CEO Forum. Program | Tarikh | Masa | | Persidangan Produktiviti | 15 - 16 Oktober 2012 | 9.00 pagi - 5.00 petang | | Forum CEO | 15 Oktober 2012 | 2.00 petang | Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Norliana Mahmud, email: norliana@mpc.gov.my atau Pn. Nora`in Ahmad Kamil, email: norain@mpc.gov.my atau telefon 03-79557266. Laman Sesawang Persidangan: http://www.apic.my Utusan Malaysia, 28 Jun 2012. |
|