International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013

Read more


Konvensyen Persekitaran Berkualiti 2013

Read more


Konvensyen Wilayah

Read more on :
ICC Convention
QE Convention

 
 
   
  MPC sasar pengiktirafan antarabangsa
   
 

KUALA LUMPUR 25 Julai - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berhasrat untuk melihat sumbangan para pekerja tempatan mendapat pengiktirafan antarabangsa yang berprestij. Antara anugerah antarabangsa yang menjadi matlamat MPC adalah ASQ International Team Excellence Award. Anugerah yang diperkenalkan sejak tahun 1985 itu mempunyai proses saringan yang amat sengit dan hanya 32 kumpulan sahaja yang akan terpilih. Justeru, sempena tahun gerakan inovasi pada tahun ini MPC telah mempergiatkan usaha dalam mencari pasukan-pasukan tempatan yang berinovasi dan kreatif untuk diketengahkan.

Antara program yang disusun sepanjang tahun adalah Persidangan Produktiviti dan Inovasi (APIC 2012) yang menggabungkan tiga program utama iaitu Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (ICC) Peringkat Kebangsaan, Konvensyen QE/5S Kebangsaan dan Persidangan Produktiviti. Malah pada tahun ini juga, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada International Convention on QC Circles (ICQCC). Kesemua program tersebut akan diadakan serentak pada 15 sehingga 17 Oktober ini di Kuala Lumpur. Dijangka sebanyak 260 kumpulan dari 13 buah negara akan membentangkan projek masing-masing di ICQCC kali ini. Diperingkat negeri pula, MPC telah mengadakan saringan bagi memilih kumpulan yang akan bertanding di  NICC. Bagi peringkat Wilayah Tengah, ia telah diadakan di Shah Alam, Selangor pada 26 dan 27 Jun yang lalu di mana sebanyak 59 kumpulan ICC dan 18 organisasi peserta QE/5S telah membentangkan projek inovasi, kaizen serta pelaksanaan QE/5S masing-masing.

Menurut MPC, seramai 888 orang telah menyertainya dan sejumlah RM74.3 juta atau RM83,671 setiap peserta telah direkodkan. Penyertaan dari sektor awam turut menunjukkan peningkatan iaitu 34 peratus atau 298 orang dari jumlah keseluruhan peserta sekali gus ia menggambarkan budaya inovasi dan penambahbaikan telah menjadi budaya kerja dalam sektor tersebut.

Utusan Malaysia, 26 Julai 2012

 
  Last updated on : 2012-07-26 14:23:08  
 
 

 

Hakcipta Terpelihara :
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 | Faks : 603 - 7957 8068 | Emel : marketing@mpc.gov.my
PENGUNJUNG : hithithithithithithit
Penafian: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)   tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.