TAWARAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN DAN LANSKAP UNTUK PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) DI PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN Pelawaan adalah dibuat kepada pembekal - pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan perkhidmatan seperti yang tersebut di atas. KELAYAKAN/BIDANG: Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor Kelas F Kepala VI; - sub kepala 3 (a) – kerja-kerja penanaman dan penyelenggaraan pokok
- sub kepala 6 (a) – kerja-kerja seni taman; dan
- berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang; 220402 – membersih kawasan
CARA MENDAPATKAN DOKUMEN: Borang Sebut Harga boleh didapati secara percuma pada waktu Pejabat daripada : Unit Pengurusan Perolehan Bahagian Khidmat Pengurusan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Blok Inovasi, Tingkat Bawah Jalan Produktiviti, Off Jalan Sultan Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Pembekal-Pembekal dikehendaki membawa bersama SIJIL AKUAN PENDAFTARAN ASAL dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA semasa memohon mendapatkan Borang Sebut Harga . Sila muat-turun Kenyataan Sebut Harga tersebut di sini : Kenyataan Sebut Harga Bil 4/2012  Borang Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis nombor tawaran dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di alamat di atas pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tawaran ditutup. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2012 (Rabu), jam 12.00 tengahari. Borang Sebut Harga yang dikemukakan melalui Pos hendaklah melalui Pos Berdaftar dan di alamatkan kepada: JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT HARGA, Perbadanan Produktiviti Malaysia Peti Surat 64, Lorong Produktiviti Off Jalan Sultan, 46904 Petaling Jaya. Segala syarat am untuk sebut harga di atas hendaklah dikemukakan kepada : En Muhammad Hafiz bin Sabarudin 03-7955 7266 samb. 449 Segala syarat teknikal untuk sebut harga di atas hendaklah dikemukakan kepada : En Mohd. Azhar Zainuddin 03-7951 2352 # Nota : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas sebarang penolakan sesuatu sebut harga yang dikemukakan. |