 | PERFORMANCE IMPROVEMENT THROUGH PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM (PLWS) SPECIAL PROGRAMME UNDER SMETAP SCHEME FOR SMEs TARIKH : 28 JUN 2012 TEMPAT : GRAND CONTINENTAL HOTEL, KUANTAN, PAHANG |  | Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan PLWS dan meningkatkan kefahaman dalam membangunkan sistem PLWS. Sistem PLWS ini telah terbukti dapat membantu syarikat mengurangkan kos pembiayaan perkerja yang semakin meningkat. Disamping itu juga program ini diadakan untuk berkongsi amalan terbaik syarikat dari aspek impak, faedah dan halangan dalam membangunkan sistem PLWS. Program khas yang bernilai RM 450.00 diadakan PERCUMA untuk syarikat EKS yang menyumbang kepada PSMB. Setiap syarikat boleh menghantar sehingga 5 orang untuk menghadiri kursus ini bergantung kepada kelulusan HRDF. Semua kos akan ditanggung oleh PSMB. PSMB akan memotong yuran penyertaan daripada akaun PSMB syarikat masing-masing terlebih dahulu dan akan dikreditkan semula ke akaun selepas program. Sila faks borang pendaftaran (SMETAP dan Borang Pendaftaran MPC) ke no. 03-7955 1824 sebelum atau pada 18 Jun 2012. Muaturun brosur program untuk maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan sekretariat program; Pn. Faridah Taju Rahim, email: faridah_tr@mpc.gov.my; Tel: 09-513 1788/1789 Pn. Dasina Ibrahim, email: dasinaib@mpc.gov.my; Tel: 03-7951 2391 |