International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013

Read more


Konvensyen Persekitaran Berkualiti 2013

Read more


Konvensyen Wilayah

Read more on :
ICC Convention
QE Convention

 
 
   
  Kenyataan Sebut Harga Bil 4/2011
   
 

PERKHIDMATAN MEREKABENTUK DAN MENCETAK BUKU "COLLECTION OF INNOVATION 2011 VOLUME 4 HINGGA VOLUME 7"

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan perkhidmatan  seperti yang tersebut di atas.

CARA  MENDAPATKAN DOKUMEN: 
Borang Sebut Harga boleh diperolehi secara percuma daripada unit berikut:

Unit Pengurusan Perolehan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Blok Inovasi, Tingkat Bawah
Perbadanan Produktiviti Malaysia  (MPC)
Jalan Produktiviti Off Jalan Sultan
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
 

Pembekal-pembekal adalah dikehendaki membawa bersama  SIJIL AKUAN PENDAFTARAN ASAL dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA semasa mendapatkan Borang Sebut Harga tersebut.

Borang Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis nombor tawaran dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di alamat di atas pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tawaran ditutup. Borang Sebut Harga yang dikemukakan melalui Pos hendaklah melalui Pos Berdaftar dan dialamatkan kepada :

JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT HARGA,
Perbadanan Produktiviti Malaysia  (MPC)
Jalan Produktiviti Off Jalan Sultan
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Mei 2011 (Selasa),  jam 12.00 tengahari. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang telah ditetapkan tidak akan diterima. Perbadanan Produktiviti Malaysia tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi sebarang sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga.

Sebarang pertanyaan dan perhubungan berkenaan Sebut Harga ini hendaklah dikemukakan kepada :

Untuk Syarat Am
Muhammad Hafiz Sabaruddin
03-7955 7266 samb 449

Untuk Spesifikasi Teknikal
Shaikh Roslinah Bux
03-7960 0196

 
  Last updated on : 2011-05-04 00:00:00  
 
 

 

Hakcipta Terpelihara :
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 | Faks : 603 - 7957 8068 | Emel : marketing@mpc.gov.my
PENGUNJUNG : hithithithithithithit
Penafian: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)   tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.