Latar Belakang
Seksyen 7B(1) Perbadanan Produktiviti Negara Pindaan Akta 1991 telah memperuntukkan penubuhan panel perundingan " untuk menasihati Perbadanan terhadap sebarang perkara yang merujuk kepada fungsi-fungsi Perbadanan.". Panel Perunding bertindak seperti di bawah :
- Untuk memberi panduan dan menasihati MPC terhadap isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi bagi meningkatkan tahap daya saing negara melalui program produktiviti, kualiti dan inovasi;
- Untuk menyediakan input termasuk kepakaran teknikal bagi mempercepatkan transformasi enterprais perniagaan;
- Untuk bertindak sebagai platform bagi mempromosikan dan berkongsi amalan terbaik menerusi perkongsian dengan industri; dan
- Untuk memaklumkan Lembaga Pengarah MPC tentang kemajuan aktiviti-aktiviti panel serta isu-isu dan cabaran-cabaran yang berkaitan dengannya.
Mulai tahun 2011 Panel Perunding MPC mempunyai 7 panel seperti berikut:

Senarai Panel Perunding MPC