Pertandingan Menulis Esei Produktiviti

 
Sesuatu yang menarik untuk dimenangi: Pertandingan Menulis Esei, Lihat maklumat lanjut


International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013

Read more


Konvensyen Persekitaran Berkualiti 2013

Read more


Konvensyen Wilayah

Read more on :
ICC Convention
QE Convention

 
   
  Laporan Tahunan
   
 

Laporan Tahunan 2011 BARU!

Selaras dengan pelan dan program transformasi negara, MPC sebagai pemangkin pertumbuhan produktiviti negara, terus memandu di dalam usaha-usaha untuk merealisasikan kelebihan inisiatif inovasi melalui kerjasama antara sektor awam dan swasta dari pelbagai industri terutamanya yang dikenal pasti dalam bidang-bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs). Klik di sini untuk baca.

Laporan Tahunan 2010

Tahun 2010 merupakan tempoh peralihan selaras dengan peranan baru MPC dalam memodenkan peraturan perniagaan bagi meningkatkan produktiviti dan pelaburan negara. Sehubungan dengan itu fungsi strategik baru telah diwujudkan berkuatkuasa 1 Oktober 2010. Jabatan Semakan Peraturan memberi keutamaan kepada memperbaharui dan menghapus peraturan perniagaan di dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi menyokong pertumbuhan produktiviti yang diterajui inovasi. Fungsi-fungsi strategik lain yang dikenalpasti adalah Inovasi Enterprais, Kecemerlangan Perniagaan, Daya Saing Global dan Pengurusan Pengetahuan. Klik di sini untuk baca
Laporan tahun 2009 Laporan Tahunan 2009

Malaysia akan beranjak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi melalui proses transformasi perniagaan yang merupakan prasyarat dalam meningkatkan ekonomi. Transformasi ini mampu dilaksanakan melalui perubahan yang benar-benar tertumpu kepada budaya berteraskan inovasi di mana penyelesaian efektif dan tahap daya saing tinggi memberi nilai tambahan pada ekonomi. Inovasi juga menggalakkan perkongsian dalam bidangbidang seperti penggunaan teknologi untuk pemuliharaan alam sekitar. Melalui Transformasi, Inovasi dan Perkongsian, pembangunan mampu dikekalkan dan ekonomi Malaysia akan terus ditingkatkan dengan mengambil kira kemajuan dalam teknologi dan penggunaan sumber-sumber secara efektif. Klik di sini untuk baca
 
Laporan Tahunan 2008
Laporan Tahunan 2008
Peralihan kepada ekonomi baru membolehkan Malaysia berada di hadapan, setaraf dengan negara-negara maju. Ianya sinonim dengan kejayaan; mencapai pendapatan kelas atasan yang dapat dikecapi melalui transformasi. Transformasi ialah perubahan ke arah masyarakat berlandaskan ilmu di mana kemahiran teknikal, prestasi, hasil diberi keu tamaan dan kuasa autonomi diberi pada mereka yang berkemampuan. Inovasi ialah kaedah bagi menjayakan tran sformasi ini melalui daya kreativiti bagi menjana dan melaksana dea-idea baru. Perkongsian menjurus pada keperluan rakan-rakan strategik apabila berinovasi dalam era pasaran bebas masa kini, di mana peralihan dagangan dan ilmu tidak mengenal sempadan. Melalui sinergi ketiga-ti ga elemen ini –Transformasi, Inovasi dan Perkongsian – Malaysia dapat mencapai ekonomi nilai tambahan dan berlandaskan inovasi. Klik di sini untuk baca
 

 

 
  Last updated on : 2013-04-09 08:48:09  
 
 
 

 

Hakcipta Terpelihara :
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 | Faks : 603 - 7957 8068 | Emel : marketing@mpc.gov.my
PENGUNJUNG : hithithithithithithit
Penafian: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)   tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.