International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013

Read more


Quality Environment Convention 2013

Read more


Regional Convention on Team Excellence

Read more on :
ICC Convention
QE Convention

Untitled Document
 
     
  Welcome Remarks by Y.Bhg Encik Mohd Razali Hussain, Director General MPC, at the Closing Ceremony and Award Presentation at Regional ICC Convention (East Coast Region) 2010
   
 

TARIKH: 27 JULAI 2010
TEMPAT: DEWAN BALLROOM, RENAISSANCE KOTA BHARU HOTEL, KOTA BHARU, KELANTAN
MASA: 4.00 PETANG

Bismillah hirrahma nirrahim

1. Yang dihormati Saudari  Pengacara Majlis,

  • Yang Berhormat  Dato’  Seri  Setia Raja Haji Mohd Aiseri bin Haji Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
  • Yang Berusaha Encik Nik Mustafa Raja Salleh, Pengarah  MPC Wilayah Pantai Timur,
  • Tetamu-tetamu Kehormat, Ketua-ketua Organisasi dan Wakil-wakil Organisasi, Pengurus-pengurus, para peserta dan pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.

2. Pertama sekali, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat  Dato’  Seri  Setia Raja Haji Mohd Aiseri bin Haji Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan  ke Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur bagi tahun 2010. Kami  semua merasa bertuah pada hari yang mulia ini, walaupun Yang Berhormat sangat padat dengan program-program rasmi tetapi masih juga dapat meluangkan masa bersama kita untuk menyempurnakan  majlis  anjuran MPC  ini .

3. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri di atas  sokongan, komitmen  serta kesudian menerima pelawaan kami untuk bersama-sama di majlis ini. Ucapan terima kasih, syabas dan tahniah saya tujukan juga kepada semua organisasi dan peserta yang menyertai konvensyen pada kali ini. Sesungguhnya, kerjasama di kalangan semua pihak yang terlibat telah membolehkan berjalan dengan lancar dan telah memberikan faedah kepada semua.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

4. Penganjuran Konvensyen ICC (Innovative and Creative Circle) ini  merupakan salah satu usaha  MPC untuk menerap dan membudayakan kreativiti dan inovasi di kalangan warga kerja di sesebuah organisasi. Melalui aktiviti ini, kumpulan akan menjana idea-idea kreatif, memupuk nilai-nilai kerja positif, memperkenal dan memperbaiki sistem dan cara kerja baru.

5. Impak kepada projek-projek  inovatif ini  akan  dapat menghasilkan penciptaan nilai (value creation) dan memperbaiki kaedah, prosedur serta cara kerja seharian, sekaligus dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan serta mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Selain daripada itu, sesebuah organisasi dapat  menguruskan operasi harian dengan sumber-sumber sedia ada dengan cekap dan pada kos di tahap yang minimum.

6. Untuk makluman, Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur ini merupakan konvensyen terakhir dalam siri konvensyen ICC peringkat wilayah tahun 2010. Kemuncak bagi siri konvensyen peringkat wilayah ini ialah Konvensyen ICC Kebangsaan yang akan diadakan pada 5-7 Oktober 2010 bertempat di Genting Highland.

7. Adalah dijangkakan lebih dari 100 kumpulan ICC dari seluruh negara akan mengambil bahagian di dalam konvensyen peringkat kebangsaan nanti. Mereka akan dipilih adalah dari kalangan kumpulan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang semasa konvensyen peringkat wilayah. Hanya kumpulan yang mendapat anugerah emas semasa konvensyen peringkat wilayah layak untuk dipertimbangkan bagi menyertai konvensyen peringkat kebangsaan. Ini termasuklah mereka yang berjaya mendapat anugerah tersebut pada konvensyen ini.

8. MPC juga akan mengelolakan penyertaan delegasi Malaysia ke International Conference on QC Circles (ICQCC)  yang  akan berlangsung di Hyderabad, India pada 12-15 Oktober 2010. Ini merupakan sebahagian dari penghargaan kepada kumpulan ICC yang telah berjaya mempersembahkan projek masing-masing pada tahun 2010.

9. Untuk tujuan ini, ketua-ketua organisasi bagi kumpulan-kumpulan yang terlibat adalah di pelawa  untuk mengambil kesempatan ini dengan menghantar kumpulan ICC masing-masing ke ICQCC 2010 itu nanti sama ada sebagai peserta atau pemerhati. Peluang sebegini seharusnya digunakan untuk  berkongsi pengalaman dengan kumpulan-kumpulan dari luar negara serta menimba pengetahuan baru, di samping memberi pengiktirafan kepada mereka yang terlibat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

10. Pada Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur tahun 2010 ini mencatatkan penyertaan terbanyak iaitu 75 kumpulan ICC berbanding sebanyak 54 kumpulan pada tahun 2009 dan 31 kumpulan pada tahun 2008.  Selain daripada itu, konvensyen tahun ini juga mencatatkan sejarahnya yang tersendiri di mana penyertaan kumpulan terbanyak di peringkat wilayah  semenjak MPC  mengadakan konvensyen dari tahun 1982.

11. Secara keseluruhannya seramai 680 peserta telah mengikuti konvensyen ini yang mewakili 37 organisiasi yang terdiri daripada   22   organisasi  swasta dan 15  agensi  sektor  awam.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

12. Jika kita merujuk kepada impak secara keseluruhannya daripada penglibatan 75  projek ICC dalam konvensyen pada kali ini, di dapati penjimatan terkumpul yang telah dicatatkan adalah sebanyak RM68 juta. Pencapaian ini merupakan satu faedah besar bagi organisasi-organisasi  kerana usaha-usaha inovasi melalui projek-projek ICC ini telah membantu mempertingkatkan ‘bottomline’  organisasi masing-masing.   Dengan penjimatan sedemikian, saya yakin organisasi yang telah menikmati penjimatan ini  telah melaburkan semula dalam  meningkatkan kompetensi pekerja, melaksanakan tanggungjawab sosial  dan memberi pengiktirafan kepada pekerja-pekerja mereka.

12. Saya juga cukup yakin  bahawa impak lain telah turut diperolehi melalui projek-projek ICC kali ini terutamanya yang telah berupaya memberi kesan secara langsung kepada  kesejahteraan pelanggan dan peningkatan perkhidmatan yang ditawarkan.  Bentuk atau penekanan projek-projek yang telah dibentangkan adalah seperti berikut:

  • 40 projek atau 53%  yang menjurus kepada meningkatkan kecekapan kerja dengan memendekkan proses-proses kerja yang terlibat. Dalam erti kata lain, pelanggan telah mendapat perkhidmatan sepantas mungkin melalui hasil projek yang dilaksanakan.
  • 25  projek atau 33 % merupakan projek yang menghasilkan ’breakthrough’ dalam inovasi produk. Penghasilan produk baru membolehkan pelanggan membuat pilihan untuk menikmati seseuatu produk .
  • 10 projek atau 14% projek yang memfokuskan kepada mengurangkan ’downtime’ atau mengurangkan pembaziran masa serta menghasilkan penambahbaikan dalam produk serta perkhidmatan yang ditawarkan melalui penggunaan ICT.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

14. Sekali lagi jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri di atas kehadiran dan sokongan pada majlis penutupan dan penyampaian anugerah petang ini. Kepada semua peserta, saya sekali lagi mengucapkan syabas, tahniah dan selamat maju jaya .

15. Saya dengan penuh takzim dan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Setia Raja  Haji Mohd Aiseri bin Haji Alias, setiausaha kerajaan negeri kelantan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis penutup Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur  2010.

Dengan  segala  hormatnya  dipersilakan  Yang Berhormat Dato’ Seri.
 

 
  Last updated on : 2010-09-28 05:30:30  
 
 
 
INTRANET MAIL
 
Staff ID
Password
 
 

 

All Right Reserved :
Malaysia Productivity Corporation ( MPC)
, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 | Fax : 603 - 7957 8068 | Email : marketing@mpc.gov.my
VISITOR : hithithithithithithit
Disclaimer: Malaysia Productivity Corporation ( MPC)   shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Please be advised that when you access the Arabic or Mandarin version of this Website, the content is automatically translated by Google Translator. As such there may be instances where the translation may not be totally accurate. In these cases, the content in Bahasa Malaysia or English of the Website overule the translated version.Best viewed using Mozilla Firefox 3.0 and above with the resolution of 1024 x 768