Peningkatan pada tahap daya saing keseluruhan ini menunjukkan satu asas yang kukuh dalam penjanaan ekonomi Malaysia serta peningkatan tahap penerimaan yang positif dari responden yang terlibat dalam kaji selidik ini (WCY 2010). Tahap keyakinan yang tinggi dari kalangan rakyat adalah satu testimoni penting yang menunjukkan inisiatif mesra-rakyat yang dilaungkan dalam " Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" telah berjaya dilaksanakan.