MPC merupakan satu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri yang menjalankan fungsi - fungsi utamanya dalam menyebarkan dan mempromosikan isu - isu yang berkaitan produktiviti dan kualiti. Antara aktiviti - aktiviti utama MPC adalah seperti berikut:
- Menjalankan penyelidikan berkaitan produktiviti dan inovasi
- Latihan dan sistem pembangunan produktiviti dan inovasi
- Aktiviti berkaitan mempromosikan produktiviti dan inovasi seperti seminar, bengkel, Konvensyen ICC dan menjalinkan hubungan kerjasama bersama organisasi tempatan dan antarabangsa.