Untuk menyertai program MPC, anda hanya perlu mengisi borang Pendaftaran Kursus yang boleh diperolehi dari laman web kami. Anda juga boleh boleh mengisi borang tersebut daripada brosur kursus latihan yang diedarkan.
Sila faks kembali borang yang telah diisi kepada no berikut 03-79551824 (bagi kursus di Ibu Pejabat). Sekiranya kursus tersebut diadakan di pejabat wilayah, maka anda boleh faks kan borang pendaftaran kursus ke no faks pejabat wilayah berkenaan.
Bayaran untuk penyertaan kursus boleh dilakukan melalui cek atas nama Ketua Pengarah MPC. Bayaran juga boleh dilakukan melalui Pesanan Kerajaan (LO) bagi agensi kerajaan.