PENGENALAN
e-Productivity Assessment (e-PA) adalah aplikasi bagi membantu pengguna-pengguna memahami dan mengukur tahap produktiviti organisasi mereka.
Bagi mengukur produktiviti organisasi, e-PA hanya memerlukan pengguna memasukkan lima item utama iaitu : Jumlah Pekerja, Aset Tetap, Kos Buruh, Jumlah Output dan Kos Pembelian Bahan dan Perkhidmatan.
Apabila pengguna telah memasukkan data-data yang diperlukan, e-PA akan mengira tujuh penunjuk produktiviti utama iaitu Produktiviti Buruh, Intensiti Modal, Produktiviti Modal, Unit Kos Buruh, Kos Buruh Setiap Pekerja dan Nilai Ditambah Setiap Kos Buruh.
Hasil pengiraan ini juga akan ditunjukkan dalam bentuk ilustrasi grafik bagi memudahkan pengguna untuk membuat pemerhatian terhadap arah aliran prestasi produktiviti organisasi. e-PA boleh mengira dan menunjukkan arah aliran prestasi produktiviti bagi tempoh dari tiga hingga sepuluh tahun.
Sila klik DI SINI untuk melihat prestasi produktiviti syarikat anda !!