Jabatan Kecemerlangan Perniagaan MPC telah menubuhkan Jabatan Kecemerlangan Perniagaan (BE) pada tahun 2010, untuk memperluaskan jangkauan dan penerimaan terhadap Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan (BEF) sebagai kaedah untuk membimbing syarikat-syarikat mengurus dan mengkaji semula hal ehwal kecemerlangan perniagaan mereka dan menghubungkan dengan prestasi perniagaan. Objektif jabatan Kecemerlangan Perniagaan adalah untuk: 1.Mengkaji semula rangka kerja, pengkategorian kriteria penilaian, dengan input daripada pihak berkepentingan (stakeholders) 2.Menerbitkan bahan-bahan BEF dalam versi yang telah dipertingkatkan 3.Membangunkan bahan-bahan latihan untuk pembangunan kapasiti Pengamal, Penilai dan Perunding BE (PAC) 4.Menjalankan latihan dan mengesahkan pengamal 5.Kajian kecekapan dan memperakui perunding BE 6.Menentukurkan pemahaman BEF di kalangan pegawai-pegawai dari Pejabat Wilayah melalui program `outreach` Carta Organisasi Jabatan Kecemerlangan Perniagaan .png)
|