| |
Jabatan Pengurusan Pengetahuan (KM) dengan kerjasama daripada Monash Universiti Sunway Campus (MUSC) sedang menjalankan soal selidik mengenai QoWL. QoWL ini adalah salah satu komponen penting yang terdapat didalam MQLI dimana ia menjurus untuk melihat persekitaran pekerjaan yang akan memberi kepuasan kepada pekerja melalui sumber, aktiviti dan hasil berpunca daripada penglibatan di tempat kerja yang diukur melalui Indeks Kualiti Kehidupan Kerja di Malaysia. Objektif kajian ini ialah: • untuk mengumpul maklumat mengenai kualiti persekitaran kerja individu daripada pengurus didalam sesebuah organisasi di Malaysia, dan • untuk mendapatkan gambaran tentang bagaimana organisasi, pola kerja, persepsi dan pengalaman kerja serta perubahan yang dialami oleh sesebuah organisasi. Hasil daripada kajian ini akan memberikan analisis perbandingan di antara pengurus Malaysia dan Australia, di mana perbezaan, isu-isu dan tren boleh dikenal pasti dan dinyatakan oleh pengurusan atasan. Sila klik disini untuk mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.  Imbas imej ini untuk keterangan lanjut mengenai kajian ini. |
|