Pertandingan Menulis Esei Produktiviti

 
Sesuatu yang menarik untuk dimenangi: Pertandingan Menulis Esei, Lihat maklumat lanjut


International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013

Read more


Konvensyen Persekitaran Berkualiti 2013

Read more


Konvensyen Wilayah

Read more on :
ICC Convention
QE Convention

 
 
   
  Prestasi daya saing Malaysia tempat ke-14
   
 

PRESTASI daya saing Malaysia semakin diperakui apabila kaji selidik Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dari Switzerland, menunjukkan kedudukan negara meningkat ke tempat ke-14 tahun ini berbanding ke-16 tahun lalu. Kedudukan dalam Ranking Daya Saing Dunia 2012 itu, Malaysia bukan saja berada dalam kalangan 15 ekonomi paling berdaya saing daripada 59 negara yang dikaji, malah adalah juga antara lima negara Asia teratas dalam senarai itu. Kaji selidik IMD mengukur seberapa baik sesebuah negara menguruskan ekonomi dan sumber manusia untuk meningkatkan kekayaan masing-masing.

Berdasarkan laporan terbaru IMD, Malaysia secara keseluruhannya mengukuhkan lagi daya saingnya pada tahun ini.  Senarai itu meletakkan Malaysia di depan negara seperti Australia (15), United Kingdom (18), Korea Selatan (22), China (23), Jepun (27), Perancis (29), Thailand (30), Indonesia (42) dan Filipina (43). Menurut laporan itu, senarai 15 ekonomi paling berdaya saing di dunia adalah Hong Kong, Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Singapura, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway, Jerman, Qatar, Belanda, Luxembourg, Denmark, Malaysia dan Australia.

Sementara itu, dalam kalangan negara dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita kurang daripada AS$20,000, Malaysia masih mengekalkan kedudukannya di tempat kedua antara 29 negara mendahului negara seperti China, Chile dan Thailand. Dalam kalangan negara rantau Asia Pasifik pula, Malaysia meningkat setapak ke tempat keempat selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan. IMD juga melaporkan kedudukan daya saing semua negara rantau Asia merosot kecuali Hong Kong, Malaysia dan Korea Selatan. 

Mengulas perkembangan itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam kenyataannya berkata, peningkatan keseluruhan kedudukan Malaysia mencerminkan usaha dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara.  Katanya, langkah menyeluruh itu termasuk usaha menambah baik kecekapan dan penyampaian perkhidmatan awam di samping meningkatkan tahap ketelusan dan tanggungjawab.

“Kedudukan daya saing Malaysia yang meningkat disumbangkan oleh inisiatif berani serta inovatif dilaksanakan kerajaan sepanjang tahun lalu untuk memacu pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta yang berdaya tahan,” katanya.

Kaji selidik IMD itu menilai negara melalui empat faktor daya saing iaitu prestasi ekonomi, tahap kecekapan kerajaan, tahap kecekapan perniagaan dan infrastruktur. Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kategori tahap kecekapan perniagaan apabila berada di kedudukan keenam berbanding ke-14 tahun lalu serta kategori tahap kecekapan kerajaan yang menyaksikan negara ini berada di tempat ke-13 daripada ke-17 sebelum ini. Peningkatan kedudukan juga dicatatkan dalam beberapa sub kategori seperti produktiviti dan kecekapan perniagaan, kewangan, peraturan perniagaan serta rangka kerja sosial. Begitupun, kedudukan Malaysia dalam kategori prestasi ekonomi merosot sedikit ke tempat ke-10 berbanding ketujuh tahun lalu. Ini disumbangkan oleh pertumbuhan pekerjaan yang lebih perlahan di samping kebimbangan mengenai kenaikan harga.

Mustapa berkata, terdapat beberapa bidang yang mana peningkatan daya saing masih boleh dicapai, justeru perhatian khusus akan diberikan untuk menanganinya.“Matlamat keseluruhan kerajaan masih sama, iaitu mencapai kedudukan 10 teratas pada masa depan,” katanya.

 Berita Harian 31 Mei 2012

 
  Last updated on : 2012-05-31 15:38:50  
 
 

 

Hakcipta Terpelihara :
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 | Faks : 603 - 7957 8068 | Emel : marketing@mpc.gov.my
PENGUNJUNG : hithithithithithithit
Penafian: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)   tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.