| |
KUALA LUMPUR 25 April - Sentimen perniagaan di kalangan syarikat-syarikat yang berada di kedudukan 10 teratas di Asia bertambah balk pada penggal pertama 2012 selepas mengalami penurunan berturut-turut selama tiga penggal, sekali gus mengisyaratkan berlakunya pemulihan di Amerika Syarikat dan kestabilan krisis hutang di Eropah yang dilaporkan oleh Thomson Reuters, INSEAD. Petunjuk ekonomi iaitu KDNK mencatatkan unjuran pertumbuhan 8.2 peratus bagi negara China, 7.0 peratus bagi India, 5.0 peratus bagi Taiwan, 4.3 peratus bagi Singapura dan 4.0 peratus - 5.0 peratus bagi Malaysia. Namun, kebimbangan masih wujud berhubung peningkatan kos dan kedudukan ekonomi dunia. Berdasarkan senario tersebut, kebanyakan syarikat mencari-cari jalan terbaik dan bersedia untuk mempelajari daripada organisasi lain. Penganjuran APIC buat kali kedua bertepatan dengan masanya di mana APIC2011 telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan jumlah penyertaan seramai 2,250 peserta yang berpendapat persekitaran semasa yang kompetitif memerlukan mereka untuk berubah dengan pantas dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan APIC merupakan pentas dimana mereka dapat menimba amalan-amalan terbaik dalam usaha untuk memacukan produktiviti organisasi masing-masing. Justeru itu bersempena Persidangan Tahunan Produktiviti, Inovasi dan Eksposisi (APIC) 2012, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengatur pelbagai kegiatan menarik bagi orang ramai mulai 14 hingga 17 Oktober, 2012. Pihak MPC mensasarkan sebanyak 2,000 penyertaan dalam kalangan industri, persatuan pemiagaan, institusi pendidikan, jabatan dan agensi kerajaan serta orang ramai akan membanjiri Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk turut serta mengambil bahagian dalam APIC. Ianya juga melibatkan penyertaan peserta-peserta Kumpulan Kawalan Kualiti dari kalangan negara Asia. APIC 2012 bertemakan `Impian Menjadi Kenyataan` merupakan program utama anjuran MPC yang menyatukan empat program iaitu Konvensyen Kumpulan Kawalan Kualiti Peringkat Antarabangsa (ICQCC), Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Kebangsaan (NICC), Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE) dan Persidangan Produktiviti (PC). Pada masa yang sama, satu pameran akan diadakan bagi mempamerkan pencapaian cemerlang dari kalangan pihak industri. Antara acara kemuncak APIC ialah dengan berlangsungnya Persidangan Produktiviti pada 15 dan 16 Oktober, sebagai medium perkongsian amalan dan aplikasi terbaik secara praktikal dalam aspek produktiviti dan inovasi oleh pemimpin industri serta sebagai pemangkin yang akan mempercepatkan perubahan dalam pengurusan ke arah lebih efektif dan membolehkan orang ramai, para eksekutif dan pengurusan atasan menimba pengetahuan. Persidangan yang terbahagi kepada sesi pagi dan petang membawa para peserta kepada pembentangan dan perbincangan yang berkisar kepada tema-tema iaitu `Mencabar Norma Kebiasaan`, `Memanfaatkan Ganjaran`, `Merealisasikan Idea` dan `Mentransformasikan Idea kepada $$`. la akan menampilkan tiga penceramah utama, antaranya yang dijangka hadir ialah Kevin Gaskell, bekas Pengarah Urusan Porsche dan BMW yang tersohor di dunia korporat dengan kebolehan beliau membantu syarikat-syarikat gergasi dunia mengukuhkan jenama mereka untuk terus kekal sebagai peneraju industri. Persidangan produktiviti tersebut juga menawarkan ketua-ketua eksekutif yang hadir peluang untuk berinteraksi dengan Kevin Gaskell dalam sesi khas iaitu CEO Exclusive Interative Session with Kevin Gaskell pada sebelah petang hari yang sama. Memandangkan tempat yang terhad, para ketua eksekutif yang berminat digalakkan dapat membuat pengesahan awal kehadiran. Serentak dengan persidangan, juga diadakan sesi pameran yang melibatkan pihak industri, institusi pendidikan, pertubuhan perniagaan yang akan mempamerkan produk-produk dan kejayaan proses, idea-idea baru dan kreatif, inovasi dan daya saing industri mereka. Orang ramai berpeluang untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat terperinci berhubung inovasi dan reka cipta yang ditonjolkan oleh mereka yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Pendaftaran rasmi telah dibuka dan untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar, sila layari laman web MPC iaitu http://www.mpc.gov.my. Utusan Malaysia |
|