Salah satu kaedah bagi mengalakkan kumpulan ICC yang baru mendapat pendedahan ialah melalui penyertaan dalam Mini Konvensyen ICC. Konvensyen Mini dibuka kepada kumpulan ICC yang baru. Pengalaman membuat persembahan di peringkat Mini Konvensyen membantu mereka meningkatkan keyakinan untuk membuat persembahan di peringkat wilayah dan peringkat seterusnya . OBJEKTIF Konvensyen ini bertujuan : - Mendedahkan kaedah untuk membuat persembahan kepada kumpulan ICC yang baru
- Memberi peluang kepada peserta dan pemerhati bertukar pengalaman dalam kegiatan ICC
- Memberi dorongan kepada kumpulan ICC yang baru di tubuhkan untuk menunjukkan keupayaan kumpulan di dalam melaksanakan projek.
KANDUNGAN Pembentangan projek ICC yang telah berjaya dilaksanakan di tempat kerja masing-masing oleh kumpulan-kumpulan ICC yang baru. SIAPA PATUT HADIR Peserta (Kumpulan ICC) - Kumpulan-kumpulan ICC yang ditubuhkan kurang dari 2 tahun
- Tidak pernah menyertai mana-mana Konvensyen (mini/wilayah/kebangsaan) sebelumnya.
Pemerhati - Terbuka kepada individu dari organisasi sektor awam dan swasta yang berminat mendapatkan pendedahan mengenai aktiviti dan pencapaian pelaksanaan projek ICC.
YURAN Peserta : RM150 seorang/sehari Pemerhati : RM170.00 seorang/sehari KEMUDAHAN Untuk setiap Kumpulan Persembahan - Trofi Penyertaan Kumpulan
- Sijil Penyertaan
Untuk setiap Pemerhati - Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang
JADUAL/MAKLUMAT DIHUBUNGI/PEMBAYARAN .jpg) Untuk Mendaftar, sila muat turun borang tersebut : |