Pertandingan Menulis Esei Produktiviti

 
Sesuatu yang menarik untuk dimenangi: Pertandingan Menulis Esei, Lihat maklumat lanjut


International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013

Read more


Konvensyen Persekitaran Berkualiti 2013

Read more


Konvensyen Wilayah

Read more on :
ICC Convention
QE Convention



 Pengurusan Pengetahuan
 
Peningkatan Produktiviti (Awam Dan Swasta)
Penyelidikan Isu-isu P&Q
Institusi Memori
  Kompilasi Pemenang Anugerah Persekitaran Berkualiti 2002-2012
i-Compass
Syarikat Contoh PLWS
Case Study Clearing House
 
Untitled Document
  Case Study Clearing House
   
 

Kajian Kes adalah satu pendekatan untuk berkongsi penemuan kajian. Ia adalah kajian meluas berkenaan sesebuah syarikat, komuniti, perkara atau perkara subjek yang menarik. Kajian kes menyediakan penilaian sistematik sesuatu perkara, pengumpulan data, analisis maklumat dan melaporkan hasil kajian. Ia juga adalah alat pembelajaran yang penting untuk latihan pengurusan dan perbincangan kumpulan di mana ia memberi pembaca teknik-teknik yang berguna di dalam menganalisis isu-isu perniagaan yang kompleks, strategi dan amalan untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan perniagaan yang efektif.
 
Case Study Clearing House (CSCH)

Menyedari kepentingan mempelajari dan berkongsi amalan terbaik melalui kajian kes, Bahagian Case Study Clearing House (CSCH) telah ditubuhkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada akhir tahun 2009 sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mentransformasikan ekonomi kepada dimensi ekonomi baru berdasarkan kepada inovasi, kreativiti dan aktiviti-aktiviti bernilai tinggi. Pembelajaran melalui kajian kes adalah sesuatu yang unik di mana ianya berdasarkan kepada syarikat dan pengalaman sebenar untuk pembaca mengadaptasi segera dan melaksanakan amalan terbaik yang telah dipelajari. 

Visi Bahagian CSCH

  • Membangunkan MPC sebagai pusat rujukan kajian kes di dalam bidang produktiviti, kualiti, daya saing dan inovasi.
  • Menghasilkan kajian kes pengurusan di dalam bidang-bidang utama yang dinyatakan di atas melalui kerjasama dengan rakan-rakan kerjasama MPC.
  • Mempromosi dan memudah cara kaedah pembelajaran melalui kajian kes.
  • Mengukuh, menjaga dan mentadbir repositori dan portal laman sesawang kajian kes.


Unit-unit di bawah CSCH


Terdapat dua (2) unit di bawah Bahagian CSCH iaitu:-

  • Unit Pembangunan Kajian Kes (CSD)
    • Menganjurkan program-program berkaitan kajian kes, membangunkan kajian kes, menguruskan sumber pakar dan penulis kajian kes bertujuan untuk membangunkan kajian kes baru serta berkongsi penemuan kajian.
  • Unit Kajian Kes Portal (CSP)
    • Membangun, mengurus dan mempromosi penggunaan repositori kajian kes melalui portal laman sesawang kajian kes.


Penerbitan Kajian Kes

Penerbitan ini mensasarkan untuk mewujudkan jaringan perkongsian maklumat kajian kes yang lebih luas melalui pengedaran dan perkongsian amalan terbaik dari syarikat-syarikat yang dipilih di dalam misi syarikat-syarikat ini untuk mencapai kejayaan. Penerbitan kajian kes terkini berikut boleh didapati untuk bacaan umum iaitu:-
 


Measuring Up:” Managing Organisational Excellence: Cases on P&Q Management” Measuring Up: “Case Book on Transformation, Innovation and Partnership”
 

Antara penerbitan kajian kes yang lain termasuk Total Factor Productivity (TFP) in Agro-Based Industry: Company Practices Using Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) (terdapat juga di dalam versi Bahasa Malaysia). Penerbitan SALM ini memfokuskan beberapa kes peladang-peladang yang telah berjaya memperolehi persijilan SALM untuk ladang yang dipersijilkan oleh Jabatan Pertanian (DOA) Malaysia.
 

Enhancing Total Factor Productivity (TFP)
 in Agro-Based Industry:
Company Practices Using Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)
Meningkatkan Faktor Produktiviti
Menyeluruh (FPM) di dalam Industri Asas Tani:
Amalan Organisasi Menggunakan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)


Untuk mendapatkan salinan penerbitan di atas, sila hubungi pegawai yang bertugas seperti di bawah :

En. Fred Lew
Pengurus
Unit Pembangunan Kajian Kes
Jabatan Transformasi Perniagaan
Tel: 03-79600126, 03-79557266 smbg: 566
Emel: fred@mpc.gov.my 

 

  Last updated on : 2011-11-14 11:52:17
 
Hakcipta Terpelihara :
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 | Faks : 603 - 7957 8068 | Emel : marketing@mpc.gov.my
PENGUNJUNG : hithithithithithithit
Penafian: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)   tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.