Pelawaan adalah dibuat kepada pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan perkhidmatan seperti berikut:- No. Tawaran | Keterangan Tawaran | Kelayakan/ Bidang | Harga Dokumen | | MPC No. 6/2012 | Perkhidmatan Penyewaan Mesin Pencetak untuk Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan | Kementerian Kewangan Malaysia 221502 - Perkhidmatan penyewaan dan pengurusan mesin dan peralatan pejabat | Percuma | CARA MENDAPATKAN DOKUMEN: Borang Sebut Harga boleh didapati secara percuma daripada Unit Pengurusan Perolehan , Bahagian Khidmat Pengurusan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Blok Inovasi, Tingkat Bawah, Jalan Produktiviti Off Jalan Sultan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada waktu Pejabat. Pembekal-Pembekal dikehendaki membawa bersama SIJIL AKUAN PENDAFTARAN ASAL dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA semasa memohon mendapatkan Borang Sebut Harga . CARA MENGHANTAR DOKUMEN: Borang Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis nombor tawaran dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di alamat di atas pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada tarikh tawaran ditutup. Borang Sebut Harga yang dikemukakan melalui Pos hendaklah melalui Pos Berdaftar dan di alamatkan kepada: JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT HARGA Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Peti Surat 64, Jalan Produktiviti Off Jalan Sultan 46904 Petaling Jaya , Selangor Darul Ehsan. TARIKH TUTUP DAN MASA : Sebut Harga ini akan ditutup pada tarikh 6 Jun 2012 jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima dari waktu dan tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. Segala perhubungan dan pertanyaan mengenai Sebut harga ini hendaklah dikemukakan kepada: En. Muhammad Hafiz bin Sabarudin (Untuk syarat am sebut harga) No. telefon : 03-7955 7266 samb. 449 En. Zuraidi B. Zainol (Untuk spesifikasi teknikal sebut harga) No. telefon : 03-7955 7266 samb. 520 Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga.
|