International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013

Read more


Konvensyen Persekitaran Berkualiti 2013

Read more


Konvensyen Wilayah

Read more on :
ICC Convention
QE Convention

 
 
   
  Kurangkan 20% pekerja asing - Dasar gaji minimum tingkat penyertaan pekerja tempatan
   
 

KUALA LUMPUR  15 Mei

 
Kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja asing mampu dikurangkan apabila dasar gaji minimum kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya kelak. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dasar tersebut telah membuka peluang kepada lebih ramai rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang selama ini diisi oleh pekerja asing. "Banyak sektor yang memerlukan tenaga buruh, namun kita terpaksa mengimport pekerja asing apabila warga tempatan tidak berminat untuk menyertainya. "Namun dengan pengenalan ke-pada gaji minimum kebangsaan, di-jangka lebih ramai pekerja-pekerja tempatan yang akan menyertai sektor-sektor tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Produktiviti 2011/2012 di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia, Tan Sri Azman Hashim dan Ketua Pengarahnya, Dato` Mohd. Razali Hussain. Menurut Mustapa, ketika ini, Malaysia mempunyai kira-kira 700,000 pekerja asing. Terdahulu dalam ucapannya, Mustapa berkata, pelaksanaan gaji minimum bakal memberi kehidupan yang lebih baik kepada satu pertiga atau lebih tiga juta pekerja sektor swasta di negara ini. Bagi pihak industri pula, dasar terbaru ini akan menjadi satu strategi yang amat diperlukan untuk berubah daripada persaingan kos kepada kemahiran dan produktiviti. "Pihak industri perlu mencipta pekerjaan-pekerjaan yang lebih moden dan berubah daripada sistem manual serta tugasan rutin kepada automasi, teknologi yang lebih tinggi serta mencipta nilai yang lebih baik. "Ia merupakan pra-syarat kepada produktiviti dan daya saing yang lebih tinggi seperti yang telah ditunjukkan oleh 10 negara yang paling berdaya saing di Laporan Daya Saing Dunia 2011," katanya. Ujar beliau lagi, negara-negara seperti Hong Kong, Amerika Syarikat, Taiwan, Kanada, Australia, Luxemburg, Netherland, China dan United Kingdom telah lama mempraktikkan gaji minimum dan berjaya mencapai produktiviti yang lebih tinggi serta mempunyai daya saing global.

Utusan Malaysia

 

 

 
  Last updated on : 2012-05-17 12:09:08  
 
 

 

Hakcipta Terpelihara :
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 | Faks : 603 - 7957 8068 | Emel : marketing@mpc.gov.my
PENGUNJUNG : hithithithithithithit
Penafian: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)   tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.