Productivity Essay Writing Competition

 
Essay Writing Competition, Read more


International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2013

Read more


Quality Environment Convention 2013

Read more


Regional Convention on Team Excellence

Read more on :
ICC Convention
QE Convention

 
 
   
  MPC Sarawak - Pemenang Tempat Ke-3 `Booth Terbaik` Pameran Sejiwa Senada Sarawak 2010/2011
   
 

8 Jun 2011 – MPC Sarawak telah berjaya mendapat tempat Ketiga secara keseluruhan untuk Anugerah Booth Terbaik bagi kategori Agensi Kerajaan Persekutuan. Dengan gelaran tersebut, MPC Sarawak telah menerima sebuah trofi, sijil dan juga wang tunai RM1,000. Anugerah itu telah diterima ketika Majlis Makan Malam Sejiwa Senada 2010 – 2011 yang telah diadakan di Hotel Riverside Majestic, Kuching bagi meraikan kesemua agensi Persekutuan dan juga Negeri yang terlibat di dalam program tersebut dan telah disampaikan oleh Y.B. Dato’ Amar Awang Tengah, Menteri di Pejabat Ketua Menteri.

Sejiwa Senada adalah sebuah Program Kerajaan Bersama Rakyat yang telah menjelajah hampir ke seluruh pelusuk negeri Sarawak Bumi Kenyalang ini. Ke semua sebelas bahagian telah disinggah hanya untuk mendekatkan Kerajaan dengan rakyat di negeri Sarawak. Pelbagai impak telah dapat diberi sebagai kemudahan kepada rakyat dengan memberi ruang akses kepada mereka untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan. MPC tidak ketinggalan dengan memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan menyertai kesemua lokasi Program Sejiwa Senada. Setiap lokasi telah dikunjungi lebih daripada 20,000 pengunjung.

Dinyatakan lokasi – lokasi Sejiwa Senada yang telah disertai oleh MPC.

  • Bahagian Sibu : 11 – 13 Jun 2010
  • Bahagian Bintulu : 2 – 4 Julai 2010
  • Bahagian Betong : 23 – 25 Julai 2010
  • Bahagian Sarikei : 6 – 8 Ogos 2010
  • Bahagian Mukah : 8 – 10 Oktober 2010
  • Bahagian Kapit : 17 – 19 Oktober 2010
  • Bahagian Miri : 21 – 23 Januari 2011
  • Bahagian Limbang : 11 – 13 Februari 2011
  • Bahagian Sri Aman : 25 – 27 Februari 2011
  • Bahagian Samarahan : 18 – 20 Mac 2011
  • Bahagian Kuching Selatan : 25 – 27 Mac 2011
  • Bahagian Kuching Utara : 1 – 3 April 2011

Untuk itu, MPC Sarawak merasa bangga dengan kejayaan ini… Kejayaan ini kejayaan kita bersama!
 

 
  Last updated on : 2011-06-16 09:11:00  
 
 

 

All Right Reserved :
Malaysia Productivity Corporation ( MPC)
, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Tel : 603 - 7955 7266 | Fax : 603 - 7957 8068 | Email : marketing@mpc.gov.my
VISITOR : hithithithithithithit
Disclaimer: Malaysia Productivity Corporation ( MPC)   shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Please be advised that when you access the Arabic or Mandarin version of this Website, the content is automatically translated by Google Translator. As such there may be instances where the translation may not be totally accurate. In these cases, the content in Bahasa Malaysia or English of the Website overule the translated version.Best viewed using Mozilla Firefox 3.0 and above with the resolution of 1024 x 768