| |
PERKHIDMATAN MENGURUSKAN PAKEJ PENERBANGAN DAN PENGINAPAN PESERTA UNTUK PROGRAM `INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLES` DI HYDERABAD, INDIA Pelawaan adalah dipelawa kepada pembekal tempatan yang bertaraf Bumiputera serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan perkhidmatan seperti yang tersebut di atas. CARA MENDAPATKAN DOKUMEN: Borang Sebut Harga boleh didapati secara percuma daripada : Unit Perolehan , Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Kewangan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Blok E, Tingkat Bawah, Jalan Produktiviti Off Jalan Sultan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada waktu Pejabat. Pembekal-Pembekal dikehendaki membawa bersama SIJIL AKUAN PENDAFTARAN ASAL dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA semasa memohon mendapatkan Borang Sebut Harga . Sila muat-turun Kenyataan Sebut Harga tersebut. di sini : Kenyataan Sebut Harga Bil4/2010 Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 April 2010 (Jumaat), jam 12.00 tengahari |
|