Dalam persekitaran perniagaan yang berdaya saing, memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi adalah penting untuk memastikan kesinambungan syarikat. Pelanggan yang berpuas hati menjadi asas kepada sesebuah perniagaan yang berjaya kerana ia menyumbang kepada pembelian yang berulang, kesetiaan terhadap jenama dan penyebaran maklumat positif mengenai produk/ perkhidmatan.

Indeks kepuasan bekerja (CSI) mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan. CSI adalah penting untuk mengenalpasti tingkahlaku pelanggan sebelum dan selepas pembelian. Secara tidak langsung, CSI dapat meningkatkan tahap kecemerlangan perkhidmatan, kualiti produk/ perkhidmatan yang lebih baik, meningkatkan reputasi jenama, menambahbaik hubungan dengan pelanggan dan seterusnya dapat menjadi indikator prestasi syarikat.

Kepuasan pelanggan mempunyai kesan secara langsung kepada keuntungan syarikat. Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan produk/ perkhidmatan syarikat, mereka akan menjadi lebih setia dan seterusnya dapat meningkatkan potensi perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Disclaimer : Malaysia Productivity Corporation ( MPC) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in 1024 x 768 using Google Chrome or Mozilla Firefox. This website is mobile responsive.

hit counter
Visits
MENU
X