skip to Main Content

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

Kumpulan Inovatif dan kreatif (KIK) atau lebih dikenali sebagai Innovative and Creative Circle (ICC) merupakan satu kumpulan pekerja yang mengenalpasti masalah, menganalisa dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tempat kerja mereka.

Aktiviti KIK menyediakan peluang-peluang bagi ahli memberi sumbangan kepada kumpulan dan juga organisasi. Pekerja-pekerja yang menyertai aktiviti-aktiviti KIK akan mendapat kepuasan bekerja yang lebih dan juga faedah-faedah lain seperti meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.
Kejayaan dalam aktiviti KIK boleh dicapai dengan adanya kerjasama penuh dari pihak pengurusan atasan. Kerjasama yang dimaksudkan termasuklah sokongan dari segi kewangan, pengiktirafan kepada mereka yang terlibat dalam KIK dan juga sokongan – sokongan lain.

Bagi melaksanakan projek ICC kitaran PDCA ( Plan, Do, Check, Action) digunakan. Bagi menerangkan tentang permasalah yang dikenalpasti kaedah 5W 1H (What,When, Why ,Who dan Where, How). Sepanjang pelaksanaan projek beberapa alat ( tools) akan digunakan dan teknik News 7 QC Tool adalah yang biasa digunakan.

MENU
X