LAMAN WEB RASMI  
MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

PERBADANAN PRODUKTIVI MALAYSIA (MPC)

PERUTUSAN PENGERUSI MBJ MPC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan satu platform dua hala di antara pihak pengurusan dan pihak pekerja berteraskan konsep “High Performance Organizational Culture”. Konsep ini pada dasarnya menekankan kepada sejauh mana pihak pengurusan sesebuah organisasi dapat memahami hala tuju, objektif dan aspirasi tenaga manusia serta kebolehan untuk mengeksploitasikannya ke arah kecemerlangan.

 

Selaras dengan itu, MBJ bertujuan untuk memperolehi kerjasama yang menyeluruh di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja di MPC, yang mana Pihak Pekerja diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan mengambil bahagian secara aktif dalam membincangkan dan menyelesaikan isu berkaitan sistem kerja, urusan pentadbiran, kebajikan pekerja dan hala tuju MPC.

 

Dalam usaha untuk memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan MPC, laman siber MBJ ini diwujudkan supaya warga MPC mendapat pengetahuan dan berpeluang menyuarakan pendapat yang sesuai demi kebaikan pekerja dan organisasi.Saya berharap laman siber MBJ dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai salah satu mekanisma untuk merealisasikan Visi MPC.

 

Sekian, terima kasih.

Dato’ Mohd Razali Hussain
Ketua Pengarah
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

X