RM200 juta penjimatan untuk tingkat produktiviti

Petaling Jaya – Lebih 2,000 peserta dari sektor swasta dan awam menyertai Persidangan Produktiviti dan Inovasi (APIC) 2015 bagi mempamerkan kejayaan hasil organisasi mereka.

APIC 2015 adalah acara tahunan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang memberikan platform kepada kakitangan awam dan swasta untuk berkongsi projek inovasi yang telah dilaksanakan yang memberikan impak yang besar dengan penjimatan kos hampir RM200 juta di persidangan kali ini.

Ketua Pengarah MPC, Dato’ Mohd Razali Hussain berkata Konvensyen pada kali ini telah berjaya menarik sebanyak 218 kumpulan yang mewakili 158 organisasi. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 2000 peserta, dengan peningkatan penyertaan sebanyak 13% daripada organisasi baru.

Beliau berkata APIC bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pengamal produktiviti dan kualiti dalam pelbagai bidang dan kepakaran. Bagi memacu pertumbuhan ekonomi, kerajaan telah menetapkan kadar pertumbuhan produktiviti pada 3.7% setahun . Ini untuk mempastikan pencapaian produktiviti bertambah sebanyak RM92,300 menjelang tahun 2020.

Dua aktiviti utama yang dilaksanakan di bawah APIC 2015 adalah Konvensyen Team Excellence Kebangsaan bagi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (ICC) dan Persekitaran Berkualiti (QE/5S).

Pasukan yang mempamerkan persembahan yang cemerlang di APIC 2015 akan berpeluang mewakili negara pada konvensyen peringkat antarabangsa seperti International Team Excellence Award (ITEA) di USA, International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) di Bangkok, Thailand dan ) International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2016.

Pertanyaan Media :

VIMALA Tel: 012 2435208, HUDA ATIQAH Tel: 011-17621950. Fax: 03-79540795 ;

E-mel: vimala@mpc.gov.my @ atiqah@mpc.gov.my
Last updated on : 2015-11-06 08:58:03

Disclaimer : Malaysia Productivity Corporation ( MPC) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in 1024 x 768 using Google Chrome or Mozilla Firefox. This website is mobile responsive.

hit counter
Visits
MENU