Naik taraf sistem aliran trafik KL

KUALA LUMPUR 5 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf dan menambah baik sistem aliran trafik bagi me­ngatasi kesesakan lalu lintas ter­utamanya pada waktu puncak.

Pengarah Eksekutif Peranca­ngan DBKL, Datuk Mohd. Na­jib Mohd. berkata, sekurang-ku­rang­nya 50 jalan utama dan susur keluar akan diberi perhatian secara berperingkat dalam tempoh enam bulan.

Menurut beliau, perancangan tersebut turut melibatkan kawasan di seluruh Jalan Kuching dan beberapa lokasi yang dikenal pasti Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah).

“Bagaimanapun, setakat ini su­dah 50 jalan telah terlibat dalam pelaksanaan penyuraian trafik berkenaan antaranya Jalan Pahang Barat, Jalan Tun Razak dan Jalan Bukit Bintang.

“Kos bagi projek yang sedang berjalan itu tidak tinggi iaitu hanya RM200,000. Kita cuba minimumkan kos tetapi memberi impak maksimum kepada orang ramai.
Tambah Najib, DBKL turut mengkaji untuk mengehadkan ke­masukan kenderaan berat yang sudah berusia 15 tahun ke atas, terutamanya melibatkan jentera-jentera pengangkut pembinaan masuk ke pusat bandar.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pastikan lori-lori ini tidak menganggu laluan di ibu kota kerana terdapat banyak kes melibatkan kenderaan rosak yang menghalang kelancaran trafik,” katanya dalam sidang akhbar berkenaan Pengurusan Trafik di Kuala Lumpur, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemudah, Datuk Pardip Kumar Kukreja berkata, punca kesesakan lalu lintas bukan se­penuhnya berpunca daripada pra­sarana jalan raya namun sebaliknya sikap pengguna yang memen­tingkan diri.

“Kita memerlukan pemandu dengan mentaliti kelas pertama agar dapat mengurangkan ke­sesakan jalan raya. Contohnya, tidak meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas,” ujarnya.

Terdahulu, DBKL telah mengadakan sesi penerangan trafik ibu negara kepada 11 duta asing di Malaysia termasuk Jepun, Jerman, Belgium, Sepanyol dan Itali sebagai inisiatif menarik pelabur asing di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Disclaimer : Malaysia Productivity Corporation ( MPC) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in 1024 x 768 using Google Chrome or Mozilla Firefox. This website is mobile responsive.

hit counter
Visits
Last Updated: 23 January 2017
X