Malaysia kekal destinasi baik untuk pelabur global

Berita Harian, JUMAAT, 18 NOVEMBER 2016

 

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai destinasi baik untuk pelabur global, dan akan terus menjadi pilihan berikutan dasar ekonominya yang terbuka, selain infrastruktur yang baik serta lokasi strategik. Wakil Bank Dunia ke Malaysia/Pengurus Negara, Faris Hadad-Zervos, berkata iklim pelaburan yang baik dan kos yang kompetitif juga menyediakan pelabur global persekitaran yang kondusif untuk perniagaan.

“Malaysia sentiasa berapa dalam kedudukan 20 teratas dalam pelbagai ranking antarabangsa, termasuk Menjalankan Perniagaan Bank Dunia. “Ia juga mempunyai infrastruktur dan perhubungan yang sangat maju, ekonomi pelbagai, dasar kerajaan yang proaktif dan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bahasa. “Semua ini menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik,” katanya pada Persidangan Akauntan Antarabangsa MIA 2016, di sini, hari ini.

Faris berkata, Malaysia menerima sejumlah besar pelaburan langsung asing (FDI) dan portfolio. Malaysia mencatatkan aliran masuk FDI bersih RM43.4 bilion pada 2015 Asia adalah sumber utama FDI (64.7 peratus), diikuti Amerika (16.4 peratus) dan Eropah (14.1 peratus).

Faris berkata, sokongan itu menghapuskan persepsi salah terhadap Malaysia dan pada masa sama menunjukkan asas ekonomi negara ini semakin baik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata pelbagai usaha dibuat untuk menyediakan persekitaran yang terbuka dan telus untuk syarikat asing melabur. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Disclaimer : Malaysia Productivity Corporation ( MPC) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in 1024 x 768 using Google Chrome or Mozilla Firefox. This website is mobile responsive.

hit counter
Visits
X