Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Terima kasih saudara pengacara majlis

Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Yang Dihormati Encik Azman Shah Mohamed Noor (anak Malaysia yang pertama memenangi Edwards Medal oleh American Society for Quality ataupun ASQ) selaku penceramah untuk amalan terbaik Lean dari Sime Darby Holdings Berhad, tetamu jemputan, ketua-ketua jabatan dan organisasi, panel penilai, wakil media, para peserta Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2015, (APIC), tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

1. Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan juga pemerhati yang turut bersama bagi menjayakan Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2015 ke-5 ini yang bertemakan From Ideas to Reality.

2. Konvensyen pada kali ini telah berjaya menarik sebanyak 218 kumpulan yang mewakili 158 organisasi. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 2000 peserta, dengan peningkatan penyertaan sebanyak 13% daripada organisasi baru, organisasi tersebut ialah;

1. BAHAGIAN BUKU TEKS, KEM PENDIDIKAN MALAYSIA
2. BRIDGESTONE CHEMICAL PRODUCT (M) SDN BHD
3. UEM SUNRISE BERHAD
4. ENCORAL DIGITAL SOLUTION SDN BHD
5. PETRONAS CHEMICAL LDPE SDN BHD
6. STMICROELECTRONICS SDN BHD
7. HICOM DIECASTINGS SDN BHD
8. INSTRUMENTS TECHNOLOGY (JOHOR) SDN BHD
9. BI TECHNOLOGIES CORPORATION BHD
10. MOTOROLA SOLUTIONS (M) SDN BHD
11. PIONEER TECHNOLOGY (M) SDN BHD
12. SALUTICA ALLIED SOLUTIONS
13. KEDAH MEDICAL CENTRE
14. KONSORTIUM LOGISTIC BERHAD
15. UEM SUNRISE BERHAD
16. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SEGAMAT
17. MAJLIS DAERAH MARANG
18. KOLEJ TENTERA DARAT PORT DICKSON
19. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG
20. JABATAN KERJA RAYA BAHAGIAN SAMARAHAN
21. JABATAN KERJA RAYA BAHAGIAN MIRI

Peningkatan tersebut dapat membantu mempergiatkan lagi usaha mempromosi aktiviti penambahbaikan di organisasi. Amalan terbaik oleh semua organisasi yang mengambil bahagian sepanjang acara konvensyen di peringkat wilayah dan kini di peringkat nasional perlu diwar-warkan kepada setiap organisasi swasta dan awam di setiap bandaraya, bandar-bandar utama dan kawasan perindustrian dan pengembangan dari pelbagai sektor.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

3. MPC mula menganjurkan Konvensyen Quality Control Circle yang kini dikenali sebagai Innovative Creative Circle, sejak tahun 1985. Sepanjang 30 tahun (1985 – 2014) penganjuran, menurut rekod di MPC, sebanyak 12,806 kumpulan telah membentangkan proses penambahbaikan masing-masing dan berjaya menjimatkan sebanyak RM3.7 billion.

4. Mulai 2011, MPC telah menjenamakan semula konvensyen ICC kepada Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC). APIC bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pengamal produktiviti dan kualiti dalam pelbagai bidang dan kepakaran. Bagi memacu pertumbuhan ekonomi, kerajaan telah menetapkan kadar pertumbuhan produktiviti pada 3.7% setahun . Ini untuk mempastikan pencapaian produktiviti bertambah sebanyak RM92,300 menjelang tahun 2020.

Ladies and gentlemen,

5. MPC is currently working on strategies to elevate governance and institutional mechanisms that promote and champion significant productivity enhancing initiatives. This is aligned with the Productivity Game Changer enjoined in the Eleventh Malaysia Plan. We will be pursuing a more holistic approach with cross-agencies and ministries participation taking the centre stage as industry and Government work together to lead our national innovation and productivity agenda. Our aim now is to accelerate productivity enhancing regulatory reforms and innovation in both public and private sectors. And to do this we are rolling out aggressively the customised, systematic and structured Industry-Level Productivity Enhancement programme, comprising essential elements of productivity performance targets and firm-level intervention; and working closely with the ministries, agencies, associations, chambers of commerce and worker representatives to enhance productivity through creativity and innovation.

6. At the same time, effort to establish a dedicated National Productivity Portal (NPP) for this very purpose is also in progress. The NPP is to disseminate productivity-related information, including showcasing Best Practices within various sectors and productivity-related initiatives and programmes. It will house productivity tools and information for companies to undertake self-assessments of their productivity in relation to other firms within their respective sectors. One important component of NPP will be the use of mobile apps in which this year, MPC has decided to upload APIC programme book and abstracts of group presentations in the M-Productivity under the heading of Publication.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

7. Saya berharap penyertaan dalam APIC ini juga menjadi dorongan bagi organisasi-organisasi swasta dan awam untuk menyertai konvensyen bagi pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Di antaranya adalah:
i) International Team Excellence Award (ITEA) akan di adakan di Milwaukee, Wisconsin USA pada 16 – 18 Mei 2016
ii) International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) akan di adakan di Bangkok, Thailand pada 23 – 26 Ogos 2016 dan
iii) International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2016 akan diadakan di Singapura pada September 2016.

8. Kepada semua peserta APIC, saya mengucapkan tahniah dan syabas. Anda telah menunjukkan keinginan untuk melangkah ke hadapan. Semoga penyertaan APIC pada kali ini memberikan manfaat yang tidak ternilai bagi mempertingkatkan prestasi, keuntungan atau keberhasilan organisasi masing-masing. Sesungguhnya kejayaan dan peningkatan produktiviti yang diperolehi tidak mungkin berlaku tanpa restu dan sokongan pihak pengurusan. Ucapan penghargaan saya kepada semua pengurusan organisasi yang merupakan wira atau champion produktiviti.

9. Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2015.
Sekian, terima kasih.
Last updated on : 2015-11-06 09:35:26
INTRANET MAIL

Staff ID

Password

Submit

Disclaimer : Malaysia Productivity Corporation ( MPC) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed in 1024 x 768 using Google Chrome or Mozilla Firefox. This website is mobile responsive.

hit counter
Visits
MENU
error: Content is protected !!