skip to Main Content

BH menang 3 anugerah

PUTRAJAYA: BH merangkul tiga anugerah pada Anugerah Pertandingan Kewartawanan PEMUDAH 2015 di sini, hari ini, termasuk tempat pertama bagi kategori akhbar berbahasa Melayu.

Wartawan sambilan Biro Pahang, Mohd Rafi Mamat, menjuarai kategori akhbar berbahasa Melayu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Dua wartawan Meja Ekonomi, Shahrizan Salian merangkul tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM5,000, manakala Ahmad Fiesal Othman mendapat sagu hati dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Wartawan akhbar New Straits Times (NST), Rupa Damodaran dari meja Business Times mengungguli kategori akhbar berbahasa Inggeris dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Anugerah anjuran Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) itu disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Pemudah 2015 di sini, hari ini.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
X