MPC ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Antara aktiviti yang dijalankan oleh MPC ialah:

  • Menerajui penggalakan dan penyebaran maklumat dan isu-isu yang berhubungan dengan Produktiviti
  • Menubuhkan pusat maklumat dan rujukan bagi indeks Produktiviti dan Daya Saing melalui kajian kes dan projek-projek penambahbaikan melalui kolaborasi sektor awam dan swasta
  • Mengeluarkan pakar dan kepakaran tempatan dalam bidang Produktiviti, Kualiti, Pengurusan dan Keusahawanan
  • Menasihati dan menyelaraskan pelaksanaan program-program dan akitiviti-aktiviti yang berhubungan dengan Produktiviti dan Kualiti
  • Menilai dan memperakui program-program penyeliaan dan latihan Pengurusan, program-program Keusahawanan dan program-program Produktiviti dan Pengurusan Kualiti yang dijalankan oleh sektor swasta bagi orang awam
  • Memberikan laporan setiap tahun kepada Menteri mengenai kemajuan dan cabaran dalam meningkatkan produktiviti dalam perdagangan dan indutsri dalam negara serta membuat syor-syor mengenai cara bagaimana cabaran-cabaran itu dapat diatasi.
Kekosongan jawatan di MPC akan diiklankan melalui platform media sosial dan laman web MPC di About Us > Contact Us > Career. Muat turun borang permohonan di https://www.mpc.gov.my/career atau di mana-mana pejabat wilayah MPC.
The areas of certification currently being implemented are:
  1. Quality Environment/ 5S
  2. Quality Environment/ ICC