PENGENALAN

Pada tahun 2019, MPC telah menubuhkan badan pensijilan iaitu MPC-CB bagi mempersijilkan pakar produktiviti bagi skim Productivity Specialist. Pada 14 September 2021, MPC-CB telah berjaya mendapat sijil akreditasinya dari Badan Akreditasi Asian Productiviti Organisasi (APO AB). Tempoh persijilan ialah selama 3 tahun iaitu sehingga 13 September 2025.

Program Pensijilan Productivity Specialists MPC-CB adalah program untuk mempersijilkan individu yang berkepakaran tinggi terutamanya dalam aplikasi alat penyelesaian produktiviti dan aktiviti berkaitan produktiviti seperti Perundingan, Latihan, Promosi dan/atau Penyelidikan.

Badan Pensijilan MPC (MPC–CB) menawarkan 3 tahap Pensijilan Productivity Specialist iaitu:

  • Tahap 1: Pakar Produktiviti Bertauliah (CPS)
  • Tahap 2: Pakar Produktiviti Kanan Bertauliah (SPS)
  • Tahap 3: Pakar Produktiviti Induk Bertauliah (MPS)

  • Kelebihan Sebagai Certified Productivity Specialist (CPS)


    Penggunaan Logo Profesional

    Pakar Produktiviti yang ditauliahkan oleh MPC-CB boleh menggunakan logo pensijilan MPC-CB selama 3 tahun sebagai simbol kompetensi dan profesionalisme mereka. Penggunaan logo in akan dapat:

    • Meningkatkan Imej Profesional CPS dalam memasarkan perkhidmatan kepada pelanggan mereka.
    • Meningkatkan Jaminan Kualiti Perniagaan CPS melalui:
      • profesionalisma,
      • Objektiviti dan kualiti,
      • beretika dalam menjalankan kerja mereka,
      • pematuhan kepada standard profesional; dan
      • komitmen terhadap penambahbaikan profesional berterusan kerana ianya sentiasa dipantau dan disemak oleh MPC-CB.

    • Laluan ke Pengiktirafan Peringkat Antarabangsa

      Badan Pensijilan MPC (MPC-CB) mendapat sijil akreditasi dari Badan Akreditasi Asian Productivity Organization (APO-AB) dan diiktiraf oleh 20 negara anggota APO lain seperti Bangladesh, Kemboja, Republik China, Fiji, Hong Kong, India, Indonesia, Republik Islam Iran, Jepun, Republik Korea, Lao PDR, Malaysia, Mongolia, Nepal, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand, Turki dan Vietnam.

      Mempertingkatkan Usaha Pemasaran

      Senarai Certified Productivity Specialist (CPS List) MPC-CB boleh diakses oleh pengguna di laman web MPC. Senarai CPS menyediakan maklumat tentang profil dan Productiviti Domain Expertise (PDE) bagi setiap CPS. Matriks maklumat ini akan menjadi rujukan utama kepada industri/pakar individu/pengguna untuk:

      • mengesahkan status pensijilan setiap CPS,
      • mengenal pasti CPS yang sesuai untuk dipadankan dengan kepakaran yang diperlukan
      • sumber peluang perniagaan yang berpotensi.
      Cartalir Proses Persijilan Productivity Specialist



      Yuran Pensijilan MPC-CB

      Proses Pensijilan MPC-CB dibahagikan kepada empat proses:

      • Pra-Kelayakan
      • Pensijilan
      • Pensijilan Semula; dan
      • Rayuan/Pengembalian semula.

      Pecahan yuran Pensijilan MPC-CB ialah seperti berikut: