Jawatankuasa Pelantikan Perunding Asing

PENUBUHAN JAWATANKUASA PELANTIKAN PERUNDING ASING

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) Bil 3/2017 memutuskan satu Jawatankuasa Pelantikan Perunding Asing (JPPA) ditubuhkan sebagai one stop centre bagi tujuan memuktamadkan sebarang permohonan berkaitan pelantikan perunding asing daripada Kementerian/Agensi.

Bermula 1 April 2018, semua permohonan pelantikan perunding asing sama ada yang melibatkan firma asing atau perunding individu asing atau pakar asing dalam pasukan projek perunding tempatan bagi projek/ kajian kerajaan, hendaklah terlebih dahulu dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan JPPA.

KEANGGOTAAN JPPA

Jawatankuasa Pelantikan Perunding Asing (JPPA) di tubuhkan di bawah seliaan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM)

jawatankuasa pelantikan perunding asing

Pegawai Pengawal hendaklah melantik satu urusetia di Kementerian masing-masing bagi tujuan mengumpulkan maklumat berkaitan permohonan perunding asing bagi pihak kementerian dan juga agensi di bawahnya untuk dilaporkan kepada urusetia maklumat berikut:

maklumat permohonan perunding