Visi

Peneraju utama produktiviti dan daya saing ke arah kemakmuran bersama.

Misi

Memberi perkhidmatan berimpak tinggi berdasarkan teras produktiviti utama bagi membina ekosistem yang teguh dan minda produktif ke arah kemakmuran bersama.

Objektif

1. Menyediakan maklumat mengenai produktiviti, kualiti, daya saing dan amalan-amalan terbaik melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan pangkalan data;
2. Membangunkan modal insan dan kecemerlangan organisasi bagi membentuk masyarakat berasaskan pengetahuan melalui latihan, pembangunan sistem dan amalan terbaik;
3. Menjalankan kajian semula peraturan dan promosi Amalan Baik Peraturan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kompetitif; dan
4. Memupuk budaya kreatif dan inovatif demi produktiviti dan daya saing menerusi program jalinan kerjasama.

Peranan

MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan lima teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, memastikan akauntabiliti industri terhadap produktiviti, membentuk ekosistem yang teguh dan memupuk minda produktif. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama.