ENVIRONMENTAL, SOCIAL & GOVERNANCE (ESG)
MPC telah memperkenalkan strategi korporat bagi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance, ESG) pada 27 Januari 2023 untuk membantu MPC melaksanakan ESG dengan berkesan. Pelaksanaan ini bukan terhad untuk MPC sahaja malah akan melibatkan industri dari 11 Nexus Produktiviti bagi memastikan sasaran 17 Sustainable Development Goals (SDGs) yang disaran oleh Kerajaan Malaysia tercapai.
Definisi ESG MPC
E - Ffokus kepada Alam Sekitar (Environmental) yang motifnya untuk mengurangkan pencemaran, mengurangkan pembaziran dan mengurangkan jejak karbon. Pengurangan karbon dapat dipercepatkan sekiranya elemen teknologi digital diadaptasi dalam pengurusan proses serta pengumpulan maklumat akan mempercepatkan ke arah pengurangan jejak karbon.
S - Ffokus kepada Sosial (Social) yang mana akan memastikan hak asasi manusia dan hak pekerja terpelihara di samping membantu rakyat Malaysia dalam meningkatkan pendapatan dan keluar dari garis kemiskinan. Perkongsian kekayaan melalui penjanaan hasil pengeluaran juga penting di antara syarikat dan pekerja selain memberikan peluang pekerjaan.
G –Ffokus kepada Tadbir Urus (Governance) yang bertindak mengukuhkan pentadbiran di dalam sektor awam atau pun swasta dari ketirisan atau salahlaku. Inisiatif ini akan bertindak untuk mengelakkan kewujudan elemen rasuah di dalam transaksi. Pengurusan pembentukan dasar atau peraturan (termasuk pindaan) melalui Pengubahan Tingkahlaku (Behavioural Insights) adalah sebahagian daripada pengukuhan tadbir urus bagi memastikan unsur kos pematuhan tidak wajar dapat dikurangkan.
Pendekatan Pelaksanaan ESG MPC
ESG yang di bawa oleh MPC adalah bersandarkan kepada objektif yang telah dirancang oleh Kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-12 serta disesuaikan dengan Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia.
Setiap inisiatif yang diperkenalkan oleh MPC akan menjurus kepada:
• Pembangunan Bakat Masa Hadapan;
• Penerimagunaan Teknologi;
• Peraturan Perniagaan yang Kondusif;
• Struktur Industri melalui Insentif yang Produktif; dan
• Minda Produktif di kalangan Rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan oleh MPC kepada 11 Nexus Produktiviti akan mengambil kira elemen-elemen ESG.
Nexus Produktiviti yang terlibat
i. Agro-makanan;
ii. Digital;
iii. Elektrikal dan Elektronik;
iv. Jentera dan Peralatan;
v. Kimia dan Produk Kimia;
vi. Logistik ;
vii. Pelancongan;
viii. Pembinaan dan Alam Bina;
ix. Penjagaan Kesihatan Swasta;
x. Perkhidmatan Profesional; dan
xi. Peruncitan dan Makanan & Minuman.
Logo ESG MPC membawa maksud kepada simbol 17 Sustainable Development Goals (SDGs) yang perlu digapai bagi menjamin peningkatan produktiviti yang mampan serta individu yang tinggal di Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.
Rangka kerja ESG MPC menekan dan berteraskan kepada kepada 4 faktor utama bagi menambahbaik prestasi produktiviti iaitu; Enhancing ESG For Productivity.
4 Faktor Peningkatan Produktiviti melalui ESG adalah:
i. Dasar dan peraturan berkaitan ESG yang mendorong pertumbuhan yang mampan dan terangkum;
ii. ESG sebagai pemangkin produktiviti bagi nexus;
iii. Pembudayaan ESG dalam korporat; dan
iv. Pengamal ESG untuk ditanda aras.
Dengan kata lain, MPC memimpin pelaksanaan ESG kepada semua kementerian dan agensi kerajaan, industri terutamanya 11 Nexus Produktiviti dan komuniti tempatan. Setiap individu warga MPC juga bertanggungjawab melaksanakan ESG untuk dicontohi.
RANGKA KERJA ESG MPC
Setiap inisiatif ESG yang akan diperkenal dan dilaksanakan oleh MPC perlulah dipastikan bahawa:
MPC terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana organisasi sama ada di Malaysia atau dari luar negara untuk melaksanakan projek-projek ESG melibatkan 11 Nexus Produktiviti.
Rakan strategik:
Logo UNGC dan GPM Malaysia
i. Audit kecekapan guna tenaga Kompleks-kompleks MPC.
ii. Pemasangan Solar di Kompleks Wilayah Selatan dan Wilayah Utara MPC.
iii. Pengenalan elaun alat tulis bagi mendorong warga MPC menggunakan sepenuhnya teknologi digital.
vii. Peralihan dari server dalaman kepada cloud server bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan perkakasan.
v. Pelaksanaan perkongsian data dan maklumat MPC melalui One Drive dan Google Dashboard untuk semua warga berkongsi maklumat dan dokumen-dokumen MPC.
vii. Membenarkan warga MPC dan pelanggan MPC mengakses kepada dokumen lLatihan maya di My Latihan Maya di www.mylatihanmaya.my.
ESG HUB
Siri ESG Talk
ESG Talk 1/2023 - Alam Sekitar, Sosial, Tadbir Urus
ESG Talk 2/2023 - Kaitan Pelaksanaan Solar dan ESG
ESG Talk 3/2023 - Easy Loans For Implementing ESG Projects
ESG Talk 4/2023 : eSPO - ESG for SMEs
ESG Talk 5/2023 - Bagaimana Hospital Pakar KPJ Rawang Menjimatkan Kos Melalui Projek ESG
ESG Talk 6/2023 - Aplikasi ESG di Unit Perolehan MPC
ESG Talk 7/2023 - Bagaimana ESG Membantu Pendidikan Negara
ESG Talk 8/2023 : Amalan ESG... Dapat Memberi Perubahan Kepada Pembekal
ESG Talk 9/2023 - Is Digital Considered ESG Practices?
PENGIKTIRAFAN