Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025
Logo Konvensyen

PENGENALAN

TEMA KONVENSYEN 2025

"Reformasi Perkhidmatan Awam"

Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 ini merupakan edisi kedua yang diadakan, sebagai salah satu pengisian sisipan utama bersempena Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku. Selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk merealisasikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), konvensyen ini terus berfungsi sebagai platform strategik untuk memperkukuh usaha ke arah perkhidmatan awam bertaraf dunia. Konvensyen ini menyokong secara langsung matlamat negara untuk mencapai kedudukan 12 terbaik dunia dalam Laporan Daya Saing Global serta menempatkan Malaysia antara 30 ekonomi terbesar dunia selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

OBJEKTIF

01

Mengangkat manifestasi pencapaian dan kejayaan semasa Kerajaan MADANI khususnya bagi tahun 2025.

02

Mempromosikan dan menyebarluaskan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) kepada rakyat.

03

Meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat Kerajaan.

04

Membina kepercayaan dan keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

KUMPULAN SASAR

SEKTOR AWAM

  • KSU, SUK dan Ketua Jabatan
  • Ketua Pegawai Reformasi (Chief Reform Officer)
  • Ahli pasukan projek reformasi peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan

SEKTOR SWASTA

  • Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH)
  • Nexus Produktiviti
  • Wakil-wakil persatuan industri

AKADEMIA & NGO

  • Ahli akademik dari IPT awam dan swasta
  • Wakil institut pemikir
  • Wakil pertubuhan pengguna, sosial dan kesatuan sekerja

ATUR CARA PROGRAM

HARI PERTAMA - 6 DISEMBER 2025

Atur ara Hari Pertama

HARI KEDUA - 7 DISEMBER 2025

Aturcara Hari Kedua
PENERBITAN TAHUN 2025

KOMPILASI PROJEK REFORMASI
KERENAH BIROKRASI (RKB)

EDISI KEMENTERIAN
Cover Edisi Kementerian
Flipbook View Flipbook
EDISI NEGERI
Cover Edisi Negeri
Flipbook View Flipbook

Klik pada cover untuk melihat dengan lebih jelas