AFPN | Bengkel Reformasi Karenah Birokrasi Menaiktaraf Ladang & Pembinaan Ladang Moden Ternakan Ayam bersama Kerajaan Negeri Kedah


Bengkel ini telah menghimpunkan wakil-wakil dari kerajaan, agensi teknikal, pihak berkuasa tempatan dan industri dari negeri Kedah bagi meneliti prosedur pembangunan ladang ayam moden sama ada ladang baharu mahupun sedia ada di negeri Kedah. Perbincangan telah mengenal pasti kekangan utama termasuk proses kelulusan yang panjang, kos pematuhan yang tinggi, serta keperluan merujuk agensi teknikal utama yang berkaitan bagi memastikan standard operasi ladang moden dapat dipenuhi.

Hasil dapatan bengkel dan cadangan penambahbaikan antaranya termasuk cadangan untuk membangunkan garis panduan khas berasaskan risk-based analysis, mewujudkan pelan setara pembangunan ladang moden bagi mengurangkan kos profesional, serta mengkaji semula kos pematuhan dan fi tambahan yang membebankan. 

Sebagai langkah susulan, satu bengkel lanjutan akan dijalankan khusus untuk menyemak semula keseluruhan prosedur pembangunan ladang dan merangka garis panduan baharu yang lebih praktikal. Hasil bengkel ini akan dijadikan dokumen dasar dan dibentangkan kepada EXCO Kerajaan Negeri Kedah bagi pertimbangan dan pelaksanaan Ini bagi memastikan proses pembinaan dan naiktaraf ladang moden di Kedah dapat dipermudahkan dan memastikan kelestarian bekalan ayam yang terus mencukupi.

Quick Share Links

By Nexus MPC August 20, 2025
Sesi libat urus strategik antara Chemical Productivity Nexus (CPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diadakan bagi membincangkan status terkini inisiatif perkongsian data antara sistem e-Roads (Industri) dan mySIKAP (JPJ), termasuk kemajuan teknikal yang telah dicapai oleh pihak industri. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), JPJ Malaysia. Hasil sesi ini, pihak JPJ telah bersetuju untuk meneruskan semula inisiatif perkongsian data dan melaksanakan Proof-of-Concept (PoC) bersama syarikat-syarikat terlibat selama empat minggu bermula 1 Oktober 2025. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat secara langsung terhadap peningkatan kecekapan operasi kepada 21 syarikat kimia dan pengangkut yang beroperasi dalam sektor kimia.
By Nexus MPC August 22, 2025
Tarikh: 19 Ogos 2025 Masa: 10.00 am Tempat: Kota Damansara Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan antara Retail & F&B Productivity Nexus (RFBPN), Unit Pasaran Buruh dan Dr Group Holdings Sdn Bhd bagi membincangkan Program Proof of Concept (PoC): Job Redesign Strategies for a More Productive, Sustainable, and Resilient Workforce. Program ini bertujuan membantu syarikat melaksanakan reka bentuk semula kerja (job redesign) melalui teknologi, automasi dan penstrukturan peranan. Ia merangkumi latihan, bimbingan, serta pelan tindakan praktikal bagi meningkatkan produktiviti, kebolehsuaian tenaga kerja dan daya tahan operasi menghadapi cabaran ekonomi serta perubahan digital. Dalam perbincangan ini, pihak Dr Group Holdings menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang dibentangkan, khususnya dalam konteks memperkukuhkan daya saing tenaga kerja dan mengoptimumkan operasi perniagaan melalui pelaksanaan Job Redesign. Sebagai langkah susulan, cadangan pelaksanaan akan dikemaskini berdasarkan maklum balas Dr Group Holdings, termasuk mengenal pasti bentuk penyertaan serta manfaat yang boleh diperoleh syarikat melalui penglibatan dalam program PoC ini.
By Nexus MPC August 19, 2025
An interactive session organised by Professional Services Productivity Nexus (PSPN) buzzed with anticipation as participants from a wide range of industries gathered to explore how artificial intelligence (AI) could enhance productivity through dashboards. At the center of the session was Ts. Kamaruzaman Jahidin, who took the stage with a commanding presence. His presentation, titled “AI Enhances Productivity Through Dashboard,” was not delivered as a mere lecture but as an engaging, hands-on journey. The session guided the audience through practical demonstrations, showing how raw data could be transformed into meaningful insights. With real examples of digital dashboards, he revealed how AI-powered tools empower organizations to detect inefficiencies, cut waste, and even forecast opportunities. Participants, laptops open, eagerly followed along, ready to translate these strategies into their own workplaces. More than a technical workshop, the session became a shift in mindset. It stressed that productivity gains arise not simply from adopting tools but from embedding them into daily decisions and long-term strategies. Central to his message was the DIKAY approach — Data → Information → Knowledge → Action → Yield — a reminder that true value emerges when data evolves into knowledge and drives action that generates measurable results. By the close of the seminar, the participants were not just more informed about AI dashboards — they were inspired to rethink how their businesses approach in boosting its productivity and decision-making in a digital age.
By ECR MPC August 19, 2025
Cadangan penambahbaikan menekankan keperluan pemetaan proses yang menyeluruh sebelum pembangunan sistem, kerjasama lebih strategik dengan vendor tempatan, serta penggunaan kaedah yang lebih fleksibel untuk mempercepatkan kelulusan. Selain itu, penggunaan sistem AI dicadangkan bagi mempercepatkan proses kelulusan. Inisiatif ini akan diperkukuh melalui sesi bimbingan bersama MPHLG bagi memastikan penguasaan aplikasi AI dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Usaha ini dijangka memudahkan urusan pemaju, mempercepatkan kelulusan lesen, serta memastikan sistem yang dibangunkan menyokong keperluan industri perumahan secara lebih efisien dan produktif. #SarawakProduktif #RKB #MPHLG #ProduktivitiNegara
By Nexus MPC August 19, 2025
Malaysia Productivity Corporation (MPC), through the Logistics Productivity Nexus (LPN) and Digital Productivity Nexus (DPN) organized a program “Generative AI Discovery for Logistics Industry.” The session brought together over 23 industry players from 19 companies. The workshop highlighted how Google’s Gemini can improve logistics operations by unlock new levels of productivity and drive significant business outcomes. Participants learned AI-powered solutions can streamline processes, reduce manual work and drive innovation. The program featured expert talks, case studies and hands-on demonstrations that made the applications of AI more practical and relatable. Logistics companies attended exchanged ideas and experiences allowing the discussions emphasized the importance of developing tailored AI strategies to increase productivity. As the way forward, companies interested are identifying key problem areas in the businesses where AI elements can bring immediate benefits. MPC through LPN and DPN committed to organize another follow up session with experts which can continuously support the rapid development of companies customized AI solutions.
August 18, 2025
Sebanyak 23 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah didaftarkan di bawah inisiatif RKB Negeri Perak, melibatkan penyertaan aktif daripada 20 agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam menyokong agenda nasional untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam agar lebih cekap, responsif dan berimpak tinggi. Setakat ini, 15 projek telah berjaya disiapkan dan 8 projek lagi berada pada tahap pelaksanaan 80%. Kejayaan ini didorong oleh bimbingan berterusan, kerjasama pelbagai agensi, dan komitmen tinggi pasukan dalam merangka penambahbaikan dan inovasi berasaskan data dan teknologi. Sebagai langkah susulan, status kemajuan projek akan dibentangkan kepada TSUK (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Reformasi (CRO) Projek RKB Negeri Perak, pada hujung bulan Ogos 2025, dan seterusnya kepada YB SUK negeri. #MemacuProduktivitiNegara #ReformasiKerenahBirokrasi
By Nexus MPC August 16, 2025
Tarikh: 16 Ogos 2025, Sabtu Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang Tempat: Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama strategik bersama Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) telah melancarkan inisiatif memperkasa usahawan wanita Sabah melalui penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sempena 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices (AWCOBP) 2025. Pelancaran ini telah membuka ruang kesedaran kepada usahawan wanita tentang potensi sebenar AI dalam meningkatkan produktiviti. Para peserta kini lebih memahami peranan teknologi pintar untuk mengoptimumkan proses kerja, merangka strategi pemasaran yang lebih berkesan, serta bersedia meneroka penggunaan automasi dalam operasi perniagaan mereka. Sebagai langkah susulan, satu Program AI Produktiviti akan diadakan pada 27–28 Ogos 2025 di MPC SBO, bagi memastikan usaha ini terus memberi impak berpanjangan kepada pembangunan dan daya saing usahawan wanita di Sabah.
By Nexus MPC August 15, 2025
The Chemical Productivity Nexus (CPN), in collaboration with the IRU Academy Geneva, has successfully hosted the UNECE-ADR Dangerous Goods Safety Adviser (DGSA) Certificate Presentation Ceremony, recognising 26 newly certified professionals from across Malaysia’s chemical and logistics sectors. This initiative equips participants with globally recognised skills to ensure the safe handling, storage, and transportation of hazardous chemicals in line with ADR and ASEAN Protocol 9 requirements. It not only strengthens national safety and compliance standards but also delivers tangible economic benefits, including a projected 10% reduction in fatal lorry accidents and potential annual savings exceeding RM81 million. Supported by key stakeholders including MITI, DOSH, CICM, and MPA, the certification reflects Malaysia’s dedication to developing a highly skilled and globally accredited workforce, driving productivity and strengthening the confidence of international trade partners. Way forward, 43 professional DGSAs will be certified through a special grant by HRDCorp, further expanding the nation’s pool of qualified experts in hazardous goods safety and compliance.
Show More