BENGKEL AMALAN BAIK PERATURAN BAGI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) WILAYAH SELATAN UNTUK PEMBANGUNAN STESEN PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK


Dalam usaha untuk mempercepatkan pencapaian sasaran pembangunan 10,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EVCS) pada tahun 2025, sepertimana yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk Kenderaan Elektrik (NEVSC) Bil. 1/2024, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah menganjurkan Bengkel Amalan Baik Peraturan Bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Wilayah Selatan untuk Pembangunan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS). 

Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan kawal selia menggunakan pendekatan GRP dan kerjasama Awam-Swasta dan memastikan pengawal selia bersedia untuk mengawalselia menggunakan pendekatan baharu bagi mempercepatkan kelulusan pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik. Sembilan agensi dan pengawalselia turut dijemput untuk membuat pembentangan berkenaan garis panduan pembangunan EVCS iaitu JKT, MARii, PLANMalaysia, MGTC, JBPM, NMIM, ST, TNB, SIRIM dan LLM. 

Seramai 50 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai dari Unit Pusat Setempat (OSC) dan Jabatan Bangunan daripada PBT Negeri Johor dan PBT Negeri Melaka telah menghadiri bengkel tersebut. Output daripada sesi bengkel ini, semua wakil PBT akan memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara kelulusan permohonan pembangunan EVCS selaras dengan garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh agensi pengawalselia yang berkaitan.

#MalaysiaMADANI
#MalaysiaProduktif
#MemacuProduktivitiNegara

Quick Share Links

By ADM MPC June 10, 2025
Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kecekapan melalui mempercepatkan proses kelulusan fasiliti kesihatan dan mengurangkan bebanan peraturan kepada peniaga. Ini dapat meningkatkan produktiviti daya saing sektor kesihatan di Sarawak. Antara komponen utama inisiatif ini, pendekatan Pelan Sedia Digunakan (Ready-to-Use Plan) telah dibangunkan. Konsep ini merujuk kepada pelan pembangunan fasiliti kesihatan yang telah direka bentuk berdasarkan spesifikasi minimum yang ditetapkan oleh agensi kawal selia teknikal. Pelan ini boleh digunakan terus oleh pelabur untuk melaksanakan projek melalui kelulusan awal bersyarat yang membolehkan pelaksanaan lebih pantas dan cekap. Sejumlah lima pelan telah disediakan yang merangkumi reka bentuk asas bagi pembangunan klinik perubatan dan klinik pergigian, bersesuaian dengan keperluan operasi standard di lapangan. Inisiatif ini akan diteruskan dengan melibatkan penyediaan lima pelan sedia guna yang patuh kepada keperluan teknikal semasa, dan proses perolehan kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa teknikal yang berkaitan. Ia juga merangkumi perancangan pelaksanaan projek rintis melalui pemilihan 5 klinik swasta bagi menguji keberkesanan model kelulusan yang lebih cepat ini. Hasil yang disasarkan daripada pelaksanaan inisiatif ini termasuklah pengurangan tempoh kelulusan fasiliti kesihatan daripada 12–18 bulan kepada kurang 6 bulan, peningkatan kemasukan pelaburan swasta ke dalam sektor kesihatan di Sarawak, dan pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran dalam sektor ini. Di samping itu, inisiatif ini dijangka memberi kesan positif terhadap peningkatan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti pada kos yang lebih kompetitif untuk rakyat. Secara keseluruhan, pelaksanaan inisiatif ini menyokong aspirasi pembangunan strategik di bawah Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 dan memperkukuh peranan Sarawak sebagai hab kesihatan serantau yang kompetitif dan berprestasi tinggi. Bengkel yang dianjurkan turut menjadi platform kolaborasi strategik antara kerajaan dan industri ke arah transformasi produktiviti sektor kesihatan negara. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
By Nexus MPC June 9, 2025
A productive session was held to discuss the key issues and challenges faced by the retail and F&B industries. The findings will be presented at the upcoming NGC meeting to gather feedback from members. The input received will help shape targeted solutions, and a structured engagement plan will be developed to ensure ongoing collaboration and support for these sectors.
By Nexus MPC June 5, 2025
MEPN recently held a strategic meeting with potential partners to discuss the rollout of its upcoming Risk to Resilience workshop series. The session brought together representatives from financial institutions, technology providers, and industry bodies to explore collaboration opportunities in support of SMEs within the Machinery & Equipment (M&E) sector. The Risk to Resilience series, spearheaded in collaboration with the Malaysia Association of Sustainable Supply Chain & Innovation (MASSCI), aims to equip SMEs with practical risk management strategies, financial innovation tools, and digital solutions such as Manufacturing Execution Systems (MES) and Enterprise Resource Planning (ERP). The initiative is designed to drive productivity, sustainability, and resilience among M&E SMEs by strengthening partnerships across the ecosystem.
By Nexus MPC June 4, 2025
Bengkel produktif Nexus Produktiviti Farmaseutikal (PPN) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini berjaya mencapai beberapa hasil signifikan dalam memperkukuh daya saing sektor farmaseutikal negara. Sesi telah memberi pendedahan praktikal terhadap proses, tatacara dan dokumentasi perolehan kerajaan yang sering menjadi cabaran utama kepada pemain industri. Antara hasil utama bengkel ini: ✅ Peningkatan kefahaman peserta terhadap kehendak teknikal dan prosedur perolehan kerajaan, termasuk isu-isu yang sering menjadi punca kelewatan atau ketidakpatuhan; ✅ Penyelarasan persepsi antara sektor awam dan swasta, dengan perbincangan terbuka yang meneliti jurang kefahaman serta cadangan penambahbaikan proses perolehan; ✅ Komitmen industri dan pihak kerajaan untuk melaksanakan amalan perolehan yang lebih telus dan efisien, selaras dengan aspirasi meningkatkan daya tahan sistem kesihatan negara.
By Nexus MPC June 4, 2025
Program Peningkatan Kecekapan Syarikat Melalui Inisiatif Productivity in Context (PIC) & Transformasi AI telah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Pengurusan Pembersihan Malaysia (MACM) dengan penyertaan sebanyak 30 peserta dari 15 syarikat yang terdiri daripada ahli-ahli MACM. Turut hadir dalam sesi ini ialah Presiden MACM, En. Noruddin Idris, yang komited untuk mendalami pendekatan produktiviti yang lebih strategik melalui teknologi. Peserta telah didedahkan kepada pelbagai aplikasi praktikal teknologi kecerdasan buatan (AI) yang relevan dalam operasi harian syarikat. Antara pengisian program termasuk Pengenalan AI dalam Operasi Pembersihan, Penggunaan AI dalam Penjadualan dan Pemantauan Tugasan, serta AI untuk Pengurusan Inventori. Penggunaan AI terbukti berjaya membantu syarikat meningkatkan kecekapan pengurusan, mengurangkan kesilapan manual, serta memaksimumkan penggunaan sumber dalam industri pembersihan. Program ini selaras dengan matlamat MPC untuk memperkasa syarikat tempatan agar lebih produktif, cekap dan berdaya saing dalam era digital.
By Nexus MPC June 4, 2025
The A.I. for Productivity Transformation program, in collaboration with PointStar and Google Cloud, has successfully enabled 15 Malaysian companies per batch to adopt AI-powered tools such as Google Cloud, Appsheet, and Gemini to automate processes, optimize workflows, and boost operational efficiency. In today’s closing session of Phase II – Deployment, these companies presented their projects, demonstrating how AI integration has led to leaner operations and measurable productivity gains. The program highlights the transformative role of AI in driving digitalization and enhancing the competitiveness of Malaysian enterprises in the digital economy. #MPC #AIProduktiviti
By Nexus MPC June 4, 2025
Following the A.I. for Productivity Transformation Phase II closing session, a follow-up engagement was held between MPC and Google Cloud Malaysia, represented by Country Manager Hana Raja. The discussion focused on scaling up the program, building internal AI capacity within MPC, and selecting high-potential companies from the Phase II cohort to participate in the upcoming AI Battle. MPC also proposed formalizing the collaboration between MPC and Google through a Letter of Commitment. Google Cloud plans to organize a dedicated briefing session on AppSheet and Gemini for MPC, reinforcing efforts to accelerate AI adoption across both the public and private sectors. This collaboration aims to accelerate productivity growth and support sustainable digital transformation in Malaysia. #MPC #AIProduktiviti
By Nexus MPC June 3, 2025
Sesi ini diadakan dengan objektif untuk meningkatkan kompetensi AI dan pemahaman komprehensif mengenai bagaimana teknologi ini dapat merevolusikan tugasan perancangan, analisis, dan komunikasi. Program ini secara khusus menumpukan pada penguasaan kemahiran praktikal Prompt Engineering. Peserta dilatih untuk menggunakan teknik penulisan prompt berkesan yang membolehkan mereka melaksanakan tugasan harian dengan lebih cepat, tepat dan berkualiti. Impak program ini dapat diperluas ke subsektor penjagaan kesihatan swasta di Malaysia dengan faedah produktiviti yang signifikan. Penerapan AI dalam proses kerja berpotensi besar untuk mempercepatkan pelbagai urusan antara sektor awam dan swasta, termasuk permohonan permit pembinaan. Faedah ini Ini bukan sekadar penjimatan masa, tetapi satu anjakan paradigma ke arah persekitaran perniagaan yang lebih cekap dan responsif. Dengan kelulusan yang lebih pantas, pihak industri dapat memacu projek dan operasi mereka dengan momentum yang baharu, yang akhirnya akan meningkatkan produktiviti dalam sektor penjagaan kesihatan swasta.
Show More