Bengkel Harmonisasi Proses Kerja Permohonan Menubuhkan atau Menyenggarakan KPJKS serta Keperluan Teknikal dan Pemurnian Standard Hospital Psikiatri Swasta
Objektif utama sesi adalah untuk mendapatkan input yang konstruktif daripada pemegang-pemegang taruh dari sektor awam dan swasta terhadap Standard Hospital Psikiatri Swasta yang dibangunkan selaras dengan Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615] serta Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental 2010.
Di samping itu, sesi ini bertujuan untuk menyelaraskan proses permohonan di bawah Akta 586 dengan keperluan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam usaha mempercepatkan proses mendapatkan kelulusan menubuhkan atau menyenggarakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta (KPJKS).
Antara yang hadir ke sesi ini ialah wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, PLANMalaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kerajaan Tempatan. Selain itu, wakil sektor swasta dari Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan syarikat-syarikat perunding arkitek turut menyertai sesi ini bagi memastikan kebolehlaksanaan standard dan mekanisme permohonan terbaru yang dicadangkan ini.
Inisiatif pembangunan standard ini merupakan hasil kolaborasi antara MPC, PHPN dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) dalam usaha menerapkan elemen ketelusan seiring dengan Amalan Baik Peraturan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti subsektor penjagaan kesihatan swasta.
Quick Share Links

Sesi ini telah diadakan dengan tujuan untuk merangka hala tuju strategik bagi inisiatif pembangunan dan pelaksanaan modul latihan kesihatan mental asas kepada pengamal perubatan. Fokus utama perbincangan adalah untuk membentuk kerangka tadbir urus yang lebih telus dan terperinci. Kehadiran ke sesi ini merangkumi wakil-wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk Bahagian Amalan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, dan Bahagian Kepakaran Psikiatri. Sebagai langkah susulan, satu kertas konsep yang komprehensif, berserta terma rujukan (TOR) yang terperinci, akan dibangunkan. Dokumen ini akan memperjelaskan peranan dan tanggungjawab urus setia dengan lebih jelas bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang tersusun dan berkesan. Pelaksanaan inisiatif yang berkesan ini akan menjadi salah satu mekanisme penting untuk meningkatkan produktiviti klinik swasta melalui pemelbagaian perkhidmatan.

Namun begitu masih ada banyak peluang perlu ditambahbaik dari segi kaedah pemprosesan yang belum menggunakan platform atas talian sepenuhnya. Isu-isu berbangkit seperti penggunaan superform, pergerakan dokumen secara manual untuk pengesahan, kefahaman setiap pegawai terhadap proses keseluruhan serta kaedah pengumpulan data telah dikenalpasti dan akan ditambahbaik dalam masa terdekat. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB

AeroPN Secretariat conducted a briefing session with Airod Aerospace Technology to introduce MPC key initiatives: Productivity in Context (PiC) and AI Transformation Program. The session highlighted how these initiatives aim to drive productivity improvements across administrative and production functions by leveraging modern AI tools. Following the session, Airod expressed strong interest to collaborate with MPC in executing a 3-day tailored productivity enhancement program focused on AI transformation. The initiative will include the implementation of AI-driven solutions, employee engagement, and productivity impact measurements.

This initiative, which is scheduled to be implemented by September 2025 at the latest, is part of the ongoing efforts to strengthen telecommunication infrastructure in Sarawak, playing a vital role in supporting economic growth, digital inclusivity, and socio-economic development across both urban and rural areas. The session served as a high-level collaborative platform for both agencies to exchange insights, align operational frameworks, and address potential challenges in the approval, construction, and monitoring processes of telecommunication towers. Key discussions focused on ensuring regulatory compliance, accelerating project timelines, and adopting best practices that enhance efficiency while maintaining quality and safety standards. Through this engagement, MPC Sarawak and SMA reaffirmed their shared commitment to advancing Sarawak’s digital transformation agenda, expanding internet connectivity to underserved communities, and promoting sustainable development through improved communication networks in line with its Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation

Perbincangan produktif bersama Vendor Bumiputera Pharmaniaga ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik bagi meningkatkan kapasiti, kualiti, serta daya saing vendor dalam rantaian bekalan farmaseutikal. Sesi ini turut menekankan peluang kerjasama dalam penerapan kecerdasan buatan (AI) bagi memacu kecekapan operasi, meningkatkan produktiviti, dan membangunkan ekosistem farmaseutikal negara yang lebih inovatif, mampan, serta berdaya saing di peringkat global. Sebagai susulan, PPN akan menganjurkan satu sesi kesedaran berkaitan AI yang melibatkan syarikat farmaseutikal Bumiputera, dengan penekanan khusus terhadap aplikasi praktikal teknologi AI dalam memperkukuh daya saing dan keberkesanan operasi.

Participants of the recent AI Productivity in Travel & Tourism workshop successfully transformed their previous project experiences into actionable proof-of-concepts (PoCs) designed to boost productivity and innovation in the tourism sector and their respective organisations. Organised by the Tourism Productivity Nexus (TPN) in collaboration with the Malaysia Productivity Corporation (MPC) and the Digital Travel Technology Association of Malaysia (DiTTAM), this round of the workshop spotlighted Wabot and ChatGPT-5 as practical AI tools to streamline processes, enhance customer engagement, and optimise operational efficiency. The hands-on session not only deepened participants’ understanding of AI applications but also equipped them with strategies to improve workflows, reduce manual effort, and generate higher-value outcomes for their organisations. Moving forward, all participants are invited to showcase their PoCs and receive their certificates at the AIxTourism Conference 2025 in September, further reinforcing their role as catalysts for productivity growth and AI transformation in Malaysia’s tourism industry. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #AIProduktiviti #MPCProductive #Drivingproductivityofthenation

The A.I. for Productivity Transformation programme, equips businesses with cutting-edge tools such as NotebookLM and Napkin AI to transform complex, text-heavy reports into clear, engaging, and data-driven visual content. By harnessing digitalisation and AI adoption, the programme’s main outcome is improved productivity, enabling businesses to simplify complex information, enhance engagement, and make data more actionable. Using MPC’s structured approach, participants were guided to track productivity gains before and after adoption, driving innovation and contributing to Malaysia’s goal of becoming one of the top 12 most competitive nations by 2030, as outlined in RMK13. #MPC #MPCProductive #DrivingProductivityOfTheNation #AIProduktiviti

Tarikh: 11 Ogos 2025 Masa: 10 pagi Platform: Microsoft Teams Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan antara Retail & F&B Productivity Nexus (RFBPN) dan Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan Profesyen Malaysia (Peniagawati) bagi meneroka peluang kerjasama dalam memperkasakan usahawan subsektor peruncitan dan makanan & minuman melalui inisiatif berteraskan teknologi digital, khususnya kecerdasan buatan (AI). Hasil perbincangan tersebut, Peniagawati bersetuju untuk menyertai Program AI Produktiviti bagi Industri Peruncitan dan Makanan & Minuman (F&B) yang akan dilaksanakan oleh RFBPN. Sebagai langkah susulan, RFBPN akan menganjurkan satu sesi kesedaran berkaitan AI yang melibatkan ahli-ahli Peniagawati. Sesi ini akan memberi penekanan khusus terhadap aplikasi praktikal penggunaan teknologi AI dalam projek-projek usahawan yang terlibat.