Bengkel Pengukuhan Kecekapan Penyampaian Peraturan Dalam Urusan Mendapatkan Permit Pembinaan Dan Pembangunan Tanah
Bengkel Peningkatan Produktiviti Melalui Pengukuhan Kecekapan Penyampaian Peraturan Dalam Urusan Mendapatkan Permit Pembinaan Dan Pembangunan Tanah Di Kulim Kedah| 22-24 Julai 2024Bengkel yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) adalah bertujuan bagi memperkasakan kecekapan proses penyampaian peraturan pihak Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran (ATD & ATL) dalam mempercepatkan kelulusan permit pembinaan yang merangkumi kelulusan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), pelan-pelan berkaitan (Kebenaran Merancang (KM), Bangunan, Kejuruteraan, Parit & Saliran dll.), pengeluaran sijil CCC dan lesen operasi. Kaedah penggunaan teknologi AI (ChatGPT) turut diperkenalkan oleh Jab. Perancang MPKK kepada peserta bengkel dalam mempercepatkan proses penilaian ke atas permohonan yang dikemukakan oleh pihak Perunding Projek Pembinaan. Bengkel yang dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Elmi Yusoff, YDP MPKK telah dihadiri oleh pegawai-pegawai ATD, ATL, Pemaju dan Perunding Projek Pembinaan (Arkitek, Jurutera, Juruukur). Turut hadir ialah beberapa pegawai dari Majlis Perbandaran Kubang Pasu bagi melihat dan mempelajari pendekatan yang digunakan oleh MPKK dalam permit pembinaan ekspres.
Way forward - Satu bengkel khusus dalam memperkenalkan sistem AI ChatGPT bagi mempercepatkan proses semakan dan penyediaan ulasan ke atas permohonan permit pembinaan akan diadakan pada bulan Ogos 2024 bersama ATD (MPKK) dan ATL di Kulim.
Kehadiran 1. MPKK (Jab. Perancang, Bangunan, Kejuruteraan, Penilaian) 2. PLANMalaysia Kedah 3. Jabatan Alam Sekitar (JAS) 4. Jabatan Parit Saliran (JPS) 5. Indah Water Konsortium (IWK) 6. Syarikat Air Darul Aman (SADA) 7. Jabatan Kerja Raya (JKR) 8. Majlis Perbandaran Kubang Pasu 9. Pasukan Perunding dan Pemaju (Tetuan Beaver City Tech Sdn. Bhd.) 10. Pasukan Perunding dan Pemaju (Majestic Gen Sdn. Bhd.) 11. Pasukan Perunding dan Pemaju (ECK Development Sdn. Bhd.) 12. MPC NRO
#KedahProduktif#MemacuProduktivitiMalaysia
Quick Share Links

Pelaburan stesen petrol adalah elemen penting dalam rantaian bekalan tenaga dan mobiliti di Sarawak. Namun, proses kelulusannya melibatkan pelbagai agensi dan prosedur yang panjang. Sesi ini memberi fokus kepada pemetaan semula dan penambahbaikan proses kelulusan pembinaan stesen petrol, termasuk mengenalpasti prosedur berulang atau tidak perlu, menyelaras aliran kerja, dan mereka bentuk penambahbaikan berimpak tinggi. Objektifnya adalah untuk mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih mesra, telus, dan cekap, sekali gus mempercepatkan akses kepada bahan api di seluruh negeri, khususnya di kawasan luar bandar. Melalui sesi libat urus ini, hasil yang diharapkan termasuk pemetaan As-Is yang lengkap, senarai pain points dan quick wins, serta pelan tindakan To-Be untuk dibangunkan. Kejayaan inisiatif ini diharapkan dapat memberi impak besar kepada ekosistem perniagaan di Sarawak, mewujudkan peluang pekerjaan, serta menyokong sasaran Malaysia untuk berada dalam kelompok 12 negara paling berdaya saing menjelang 2030. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara

The discussions focused on the assessment scores from the company evaluation sessions held on 14-15 July 2025. These assessments were conducted using the Malaysian Business Excellence Framework (MBEF), which is built around seven key criteria. Participating companies were evaluated comprehensively against these MBEF criteria to identify organisational strengths and areas for improvement, ensuring that award recipients truly reflect the highest standards of productivity, sustainability, and industry excellence in Sarawak. PSIEA is a prestigious state-level recognition honouring organisations that demonstrate outstanding performance, innovation, and sustainable practices. It aims to inspire industry players to embrace productivity-driven growth and sustainability as core business strategies. Through the PSIEA framework, MPC continues to foster a culture of excellence, driving Sarawak’s economic competitiveness and positioning local industries for long-term success. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation

Masasinar Holdings Sdn. Bhd. is a homegrown automotive parts manufacturer specialising in metal stamping, welding, and assembly of structural components. Over the years, the company has expanded its production capabilities to cater to a wider customer base, including Tier-1 vendors and OEMs, while maintaining a strong commitment to supporting Malaysia’s local content development agenda. Its operations focus on delivering high-quality, durable components with competitive lead times. During the Gemba visit, the assessment team conducted a comprehensive walkthrough of key production areas, from raw material processing to final product inspection. Observations centred on production efficiency, quality control procedures, and equipment maintenance practices. Discussions with management revealed an interest in adopting AI solutions to improve operational visibility, enhance defect detection accuracy, and optimise resource utilisation. Potential AI applications identified include predictive maintenance to minimise downtime, real-time production monitoring for improved scheduling, and data analytics for root cause identification in quality issues. The visit confirmed Masasinar Holdings’ readiness to integrate AI-driven productivity tools, supported by its existing operational data and commitment to continuous improvement under the AutoPN framework.

MEPN conducted an online briefing with First Win Marketing Sdn. Bhd. as part of the ongoing Project Pintar initiatives. The session served to introduce the objectives and framework of Project Pintar, while engaging the company in discussions on potential productivity improvement strategies tailored to their operations. This engagement reflects MEPN’s commitment to fostering collaboration with industry players in driving productivity growth and operational excellence within the machinery and equipment (M&E) ecosystem

PACU secara prinsipnya menyokong penuh pelaksanaan projek tersebut dan menekankan kepentingan bagi semua data dan dapatan daripada pelaksanaan ini untuk direkod serta dilaporkan dengan sistematik. Laporan-laporan ini dilihat penting untuk digunakan sebagai rujukan bagi pembentangan kepada pihak berkepentingan di peringkat tertinggi. PACU juga telah menekankan keperluan untuk mengenal pasti dan mengukur impak projek secara berstruktur. Antara indikator utama yang dicadangkan termasuk pengurangan masa pemprosesan permohonan perniagaan, penjimatan kos pematuhan serta tahap kepuasan pengguna akhir. Penilaian impak ini dijangka akan membantu dalam memperoleh sokongan dasar serta peluasan pelaksanaan di peringkat negeri yang lebih luas pada masa akan datang. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB

The program featured opening remarks by Dr. Mazlina Shafi’i, Director of MPC Sarawak, and Ts. Zakri Md. Salleh, Chief Technology Officer of Sarawak Skills. Participants were guided to develop a Proof of Concept (POC) project for potential implementation in their respective organizations. This initiative marks a significant step in driving digital transformation and productivity enhancement among Sarawak’s industries, reinforcing AI as a key enabler in future-proofing business operations. #SarawakProductive #AIforProductivityTransformationProgram

Ia bertujuan memastikan kelancaran pelaksanaan projek dengan memberi penekanan kepada simulasi aliran proses baharu di lapangan. Melalui pendekatan ini, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi peluang untuk meningkatkan kompetensi mereka, khususnya dalam penggunaan sistem eR & DO dan pemahaman menyeluruh terhadap peranan mereka di kaunter semakan. Selain itu, uji kaji ini turut dilaksanakan secara langsung di UTC Sibu (melibatkan Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu) dan di Majlis Daerah Kanowit. Pelaksanaan di kedua-dua lokasi telah menghasilkan keputusan yang positif, antaranya pendaftaran 10 permohonan baharu bagi Pendaftaran Nama Perniagaan (BNR), 5 permohonan baharu bagi Lesen Perdagangan (TL), dan 1 permohonan baharu bagi Lesen Operasi pada 1 Ogos 2 . Hasil pemerhatian awal pada hari pertama menunjukkan terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik bagi meningkatkan keberkesanan keseluruhan proses. Antara yang dikenal pasti termasuk keperluan menambah baik proses semakan dokumen agar lebih efisien, penambahbaikan borang superform, peningkatan kompetensi pegawai di kaunter semakan, serta memperkukuh komunikasi berhubung aliran proses. Penambahbaikan ini dijangka memberi impak positif kepada kelancaran urusan perniagaan dan meningkatkan keyakinan usahawan tempatan dalam memulakan perniagaan mereka. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara

Sesi produktif ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik melalui pelaksanaan Inisiatif Integrasi Data, khususnya dalam konteks pengangkutan bahan kimia bersama LTH Trading & Transport Sdn. Bhd. dengan perkongsian cabaran-cabaran yang dihadapi seperti keperluan pematuhan pelbagai peraturan, pengesanan masa nyata (real-time tracking), dan isu-isu penyelarasan dokumentasi serta pengurusan pemandu. Perbincangan turut meneliti kemungkinan pelaksanaan sistem integrasi data dengan pihak LTH sebagai syarikat rintis. Pelaksanaan ini dijangka dapat meningkatkan pemantauan perjalanan, mempercepatkan aliran maklumat antara syarikat dan agensi pengawal selia, serta mewujudkan satu sistem pelaporan yang lebih cekap yang akan memberi impak positif terhadap produktiviti dan meningkatkan pematuhan dalam kalangan pengendali logistik bahan kimia.